Saturday, December 5, 2009

JPA redah hutan Jengka dan Baling .






















Meredah hutan Jengka dengan sekumpulan anggota pasukan pertahanan Awam untuk merakamkan aktiviti mereka mempelajari penggunaan alat perhubungan radio, dalam masa kecemasan atau dalam usaha pencarian dan penyelamatan begitu mencabar dan menguji kesabaran ,lebih lagi pada setiap anggota yang terlibat dalam latihan itu.Hujan yang renyai dan tanah yang licin menambahkan lagi beban aggota JPA yang sedia memikul bebenan berat radio yang dibawa mereka seberat 10kg itu.
Penggunaan radio sangat penting ketika menghadapi saat kecemasan .Apatah lagi sekiranya kejadian itu berlaku jauh dari kawasan penduduk.Perhubungan Radiolah alat yang memudahkan maklumat disegerakan.
Latihan telah dijalankan dibeberapa tempat yang terpilih iaitu di Jengka ,Pahang dan di Baling Kedah .

Thursday, September 10, 2009

Kesatuan Mesir- Israel cabaran untuk Sukarelawan.







Hari ini dalam bulan Ramadahan yang mulia ini saya di kejutkan olih berita yang tersiar di Tv 3. Berita mengenai seorang kawan saya yang telah mengorbankan segala masanya yang terluang untuk berbakti kepada masyarakat dunia yang memerlukan pembelaan .
Saudara Azlan yang saya kenali agak lama sejak 2003 selepas kembali saya dari menyertai pasukan jounalists yang membuat liputan berita di Iraq. Azlan juga turut ke Iraq ketika itu bersama satu pasukan kemanusian yang memberi bantuan mangsa perang Iraq. Azlan yang mempunyai banyak pengalaman dalam menyampaikan bantuan kemanusia, bukan sahaja bertanggung jawab menyampaikan bantuan malah beliau juga di amanahkan untuk mendirikan atau membangunkan projek bantuan sementara seperti mendirikan sebuah ampangan sementara di Afghanistan ,dan juga banyak lagi projek yang dilakukan olih beliau semasa keadaan bergolak ditempat yang dikunjungi untuk menyampaikan bantuan .
Hari ini peristiwa yang berlaku dalam beberapa hari yang lepas mungkin bukan yang pertama kalinya dihadapi olih saudara Azlan , ketika dalam tugasan memberi bantuan .
Gaza adalah wilayah yang dikuasai olih Israel dan sekutunya Mesir, Walaupun ianya tak tertulis namun pintu sempadan wilayah Rafah adalah dikuasai Mesir . Untuk memasuki gaza . Laluan mistilah mendapat kelulusan dari pihak berkuasa Mesir . Jadi segala keputusan adalah bergantung kepada kuasa yang dikendalikan olih pihak Mesir. Isrel juga memeinkan peranan untuk kemsukkan ke Gaza . Jadi siapa yang mendapat arahan dari siapa adalah tertakluk kepada kefahaman sendiri .
Ketika saya dan rombongan untuk ke Gaza diawal tahun selepas saja peperangan 22 hari . Kami juga mendapat layanan yang sama buruknya .Empat kali berulang alik ke Rafah dan salah seorang dari kami tidak dibenarkan masuk , malah ada diantara yang berduyun mahu ke gaza pulang hampa selain dari barangan bantuan yang tak dapat disampaikan .Itulah layanan Mesir pada gerombolan yang mahu memasukki Gaza . Ada diantaranya yang dimaki hamun , ketika di komplek imigersyennya . Taka taulah apa penyakit yang menghinggapi saudara kita yang satu ini , mungkin darah keturunan Firaun nya masih lagi kuat alirannya dalam tubuh mereka .
Kepada Azlan dan kepada yang mengikuti kisah Azlan apakah yang bolih dilakukan untuk memudahkan cara kepada sukarelawan yang sanggup mati demi saudaranya yang berada dalam kurungan Gaza.
Semuga Azlan akan tabah sambil bersabar dan teruskan usaha murni yang telah diamalkannya selama ini .

Sunday, July 26, 2009

Derita di sebalik senyuman .






Penduduk Gaza bersemangat tinggi, jumpalah diwaktu mana sekali pun mereka tetap ramah dan menghormati tamu .Walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan akibat perang namun mereka masih lagi memberi senyuman pada setiap perjumpaan yang diadakan .
Lawatan kami ke sebuah sekolah dimana para pelajarnya sempat mengadakan persembahan dan disinilah mereka meluahkan isi hati melalui bersajak dan lukisan.Mereka menyampingkan segala penderitaan yang dialami demi tetamu yang jauh bertandang . Di samping bendera Palastine mereka menunjukkan bakat pada tetamu .
Mungkin peperangan sudah biasa dalam hidup mereka ,sudah beberapa jenerasi mereka lalui .Sejak tahun 1948, jadi anak-anak ini cukup terlatih dan biasa dengan segala kehilangan harta maupun hilang nyawa . Alah bisa tegal biasa ,itulah kata bidalan yang kita dapat simpulkan disebalik senyuman dan ramah yang menutupi derita mereka selama ini .Setiap mereka adalah pejuang .

Tuesday, July 21, 2009

Gaza Terbiar, Sempadan Tertutup Rapat.



















Gaza masih lagi terkepung dari segenap penjuru . Walaupun peperangan yang telah mengorbankan seramai 1400 orang dalam masa dua puluh dua hari berlaku dari hujung december sehinggalah pertengahan January 09, namun Gaza tetap dalam kepungan .
Tiada barangan yang dibenarkan memasukki Gaza .Jadi segala kemusnahan berlaku dalam peperangan yang lalu masih lagi dalam keadaan terbiar dan tidak ada pembaikkan atau pembinaan semula .
Kelansungan akibat dari peperangan terus dideritai olih penduduk Gaza . Sekolah, masjid, hospital ,rumah kediaman , bangunan pentadbiran ,jalan ,pengairan dan pertanian yang dulunya terbarai masih lagi seperti dalam keadaan terbiar dan tidak mendapat perhatian. Penduduknya yang disekat segala keupayaan dan kemampuan .
Semasa perang Gaza dibantai dari segenap penjuru. Jerit pekik ,tangis dan kematian sudah biasa bagi penduduk Gaza. Sejak dari 1948 lagi mereka telah menangis ,meraung , dan ada di antaranya telah membawa tangisan dan luka parah sehingga ke lubang kubur .
Kehidupan selagi ada mereka tetap teruskan .Silih berganti keturunan ,mereka teruskan berjuang dalam susah dan derita. Demi kebebasan dan kemerdekaan Palastine seluruhnya menjadi warisan anak cucu dan keturunan mereka supaya dapat meneruskan kehidupan dibumi yang berdaulat dan merdeka .
Apabila segala pintu masuk ditutup dan dilarang keluar orang yang berada didalamnya ,tak dibenarkan segala bahan binaan,peralatan baik pulih hospital sekolah dan lain keperluan asas memasukkinya maka bayangkanlah keadaan penduduknya yang seramai 1.5 juta yang menghuni tanah Gaza yang luasnya sekangkang kera itu.
Pelbagai pertubuhan bersuara tentang kekejaman yang telah dilakukan dan mahu mengheret Zionis ke pengadilan antara bangsa , tapi sampai sekarang tidak ada satu pun yang menggerunkan Zionis laknat itu .