Tuesday, April 21, 2009

Serlahan Jeram Batu.

































Melarikan diri dari kesibukan kota dan melapangkan fikiran yang sentiasa berat dengan bebenan kerja ,setiap orang mempunyai caranya tersendiri untuk bertenang dan bersunyi diri .
Memilih lokasi rehat dan riadah juga penting .Terpulang kepada kesukaan individu untuk memenuhi ruang yang tersedia dari berbagai arah . Ke hutan ,ke laut atau pesisir pantai ,ke perkampungan yang terpencil ,atau ke mana saja asalkan tempat yang menjadi pilihan membawa kedamaian jiwa.
Minggu lepas saya telah dijemput untuk mengikuti satu pengembaraan 4x4 ke Jeram Batu terletak dalam daerah Tanjung Malim .
Jeram Batu atau Sungai Bil jauhnya lebih kurang 130 km dari Kuala Lumpur .
Pertama kali mengikuti rombongan 4x4 dari Batu Caves bersama saudara Mat dan saudara Sazali bertolak ke Jeram Batu .
Mat dan Sazali memang sudah biasa dengan pemanduan 4x4 ,malah mereka telah beberapa kali membawa rombongan masuk hutan di berbagai lokasi .Dalam perjalanan ke Jeram Batu ini kami bertemu dengan saudara Fuad dan keluarga .Saudara Fuad juga telah merencanakan perjalanan bersama beberapa lagi keluarga yang telah terlebih dulu memasuki Jeram batu pada waktu pagi .
Meredah jalan sempit berbatu bukanlah mudah , ia memerlukan kecekapan mengawal kenderaan dan latihan terlebih dulu sebelum melakukan pemanduan meredah jalan sempit berbatu ini . Nampak senang dari luar tapi apabila berada didalam kenderaan pacuan empat roda ini barulah terasa segala kehebatan dan kesabaran pemandu teruji .
Sebanyak enam kenderaan pacuan empat roda telah berjaya sampai ke Jeram batu .Mereka yang telah sampai dulu telah pun siap dengan khemah dan telah pun berehat dan mandi- manda di sungai yang bersih dan jernih airnya .
Malam itu walau hujan renyai tapi kami sempat juga menikmati makanan yang enak dimasak olih puan Laila ,isteri kepada saudara Hadi .
Bermalam dalam hutan bukanlah kali pertama buat saya .Semasa bekerja dahulu saya telah melalui pengalaman bermalam di hutan bersama dengan pasukan polis hutan yang menjaga sempadan di Kelantan . Pada malam itu hujan berterusan menyebabkan cuaca sejuk dan bagaimana sejuk pun mata tetap juga tidur, keletihan berada dalam kenderaan dan kadang-kala berjalan kaki melalui jalan sempit berbatu pada siangnya.
Keseronokkan berada di hutan tak lama dikecapi kami bersiap sedia untuk memulakan perjalanan menuruni bukitdan menamatkan perkhemahan pada hari itu .
Menuruni jalan yang berbatu dan permukaan licin adalah cabaran yang perlu ditempuhi . Di sebelah kanan jalan curamnya agak dalam .Menyusuri jalan turun ini perlu lebih berhati-hati, sedikit kesilapan bolih menyebabkan kecelakaan.
Saudara Raof memulakan perjalanan balik diikuti olih saudara Sazali .Sazali mengalami masaalah ketika pacuan 4x4 yang dipandunya tersangkut diatas batu besar . Kenderaannya perlu ditarik .Saudara Raof dibantu olih Roslan ,Mat dan Hadi berjaya menggunakan kepakaran dan pengalaman mereka melepaskan kenderaan Sazali .
Puan Sri Sabrina adalah satu-satunya pemandu wanita dalam kumpulan enam buah kereta yang meredah Jeram Batu ini . Kehebatan memandu beliau memang mendapat pujian dari pemandu yang lain dalam kumpulan ini . Kecekalan menuruni bukit dan mendaki bukit yang berbatu besar dan jalan yang sempit mungkin memberi kepuasan pada beliau .Disamping menimba pengalaman berharga yang sukar didapati, apabila memandu bersama otai-otai yang telah berpengalaman luas meredah hutan di pelbagai tempat dan menempuhi berbagai keadaan yang berbeza .
Kerja berpasukkan dan semangat tolong menolong dalam masa yang singkat di hutan Jeram batu ini banyak mengajar kita menghindarkan diri dari sifat kesombongan yang kita bawa bersama dalam diri .. Alam belantara yang sunyi ini juga mengajar kita tentang kedamaian , keheningan dan kejernihan airnya ..sempat kita bermuhasabah .

Sunday, April 12, 2009

Bersekolah di Gaza .




Kanak-kanak adalah satu harta penting yang dijaga dan dipelihara sebaiknya olih ibu-bapa atau penjaga yang di amanahkan . Anak adalah amanah Allah kepada manusia .
Kepetahan anak-anak dan dari mula ia menuturkan menggunakan bahasa yang dituturkan olih penjaganya .. sehinggalah dia berjaya menguasai bahasa itu dan berjaya dalam penggunaannya adalah membanggakan ...tak kiralah siapa yang mendengarnya ..terutamanya ketika bahasa itu digayakan melalui irama dan penyampaian nya secara bersahaja ..walaupun yang mendengar itu tidak memahami bahasa yang dituturkan namun lenggok dan gaya penyampai bisa menyentuh hati pendengarnya ..
Semasa saya berada di Gaza ,kami melawat sebuah sekolah yang telah mengadakan satu acara menyambut kedatangan kami kesana .
Selain dari mempamirkan hasil lukisan yang dilukis , mereka juga menyanyikan lagu-lagu patriotik dan bersajak .
Semuanya adalah berkisar dari luahan perasaan ,semangat perjuangan yang membara dari jiwa-jiwa mereka yang sentiasa bergelumang derita sengsara , hidup dijajah dan setiap hari ada diantara mereka sentiasa mengucapkan selamat tinggal seolah hari itu adalah hari terakhir mereka bersama ..
Ketika disekolah ini saya tak dapat menahan sebak ketika sedang merakam aksinya dengan penuh perasaan menyampaikan sebuah sajak ..dari gayanya dapat difahami derita sengsaranya menjadi seorang murid sekolah di Gaza ..
Sebagai satu catatan dalam peperangan yang berlaku selama 22 hari dari 27 December 08 sehingga 18 January 09 ,seramai lebih kurang 1400 kematian telah berlaku dan lebih dari 50 peratus darinya adalah kanak-kanak ,wanita dan orang tua .