Wednesday, September 28, 2016

Makkah 2014.

Menara Jam .pembangunan yang merubah image asal kota Makkah .2014.

Setiap kali musim haji tiba, pada yang telah pergi menunaikan haji rukun Islam yang ke lima itu akan terimbas kembali kenangan ketika mereka berada disana , Lain tahun lain peristiwa yang dialami oleh jemaah haji .
   Alhamdulillah saya dan isteri di beri kesempatan untuk menunaikan ibadah haji pada tahun 2014 yang telah dua tahun berlalu .Buat saya ini kali yang kedua berada di tanah suci menunaikan ibadah haji .Kali pertama menunaikan haji pada tahun 1992. Ketika itu saya masih lagi bekerja dengan Akhbar The New Straits Times . Pemergian saya ke sana juga tambang pergi baliknya atas tanggungan syarikat saya cuma menyediakan wang belanja ketika berada disana lebih kurang empat puluh lima hari .Alhamdulillah dan terima kasih atas hadiah tersebut .
   Berbeza, jauh berbeza pembangunan yang di jalankan oleh kerajaan Arab Saudi pada kali kedua saya berada di sana . Banyak bangunan di sekitar kota Mekah telah di ubah bentuk dan disesuaikan dengan bangunan baru yang modern dan berkualiti , banyak bukit di sekitarnya telah hilang bentuk asal dan di bangunkan hotel dan dibuat jalan yang baru dan bertingkat .
   Apa yang saya lihat dahulu kebanyakannya telah hilang terus atau digantikan dengan bangunan atau jalan yang berbentuk baru .Pendek kata kita sudah tak boleh ingat lagi tempat tinggal kita yang dahulu kita tinggal buat sekian lama ketika musim haji.
Masjid Kucing dahulunya tempat saya selalu hilang selipar dan keadaan kedai roti dan kedai rempah ratus yang berada di pinggiran jalan hilang terus.
  Kali ini musim haji 2014 saya tinggal di hotel Al Janadriah ,berada di atas bukit jauhnya lebih kurang 750 m. dari Masjidil -Haram .
Wukuf di Arafah . 2014.
Masjidil Haram juga telah di perbesarkan , melangkaui hingga ke kaki bukit yang mengelilingi sekitarnya .
   Tujuan pembangunan yang begitu pesat dan menyeluruh adalah bertujuan menampung jemaah  yang bertambah pada setiap kali musim haji dan Umrah terutamanya dalam bulan Ramadan .










Jemaah haji yang bersedia untuk ke Tanaim untuk keluar dari kota Mekah bagi mengerjakan umrah. sedang mencari kenderaan yang sesuai . 2014.


























Thursday, December 3, 2015

cucu

Sudah lama aku tak menulis . Nak tulis pun tak tau apa yang mau di tulis .Terlalu lama memendam rasa , tapi tak menjadi duduk depan komputer rasa mau ngantuk.Aku mulakan dengan Bismillah dengan izinnya mungkin aku dapat menuliskan sesuatu untuk aku . Sejak aku bergelar Datuk . Makna aku sudah punya cucu.Cucu aku sudah mulai belajar menggunakan lidahnya untuk menuturkan apa yang di lihat dan di ajarkan padanya . Belum lagi petah. TOK WAN di tuturkanya TOK NAN > ok lah aku dapat faham . Belum lagi menjangkau dua tahun .Masa inilah dia sedang mengumpulkan perkataan untuk dituturkan . Abah dan Ibunya selalu bertandang dan membawa cucuku sekali untuk bermanja dengan aku dan anak-anak dan isteriku pada hujung minggu. Ada waktu aku berkesempatan untuk membawa cucuku menunggang motor buruk ku mengelilingi taman yang ada di sini . Kadang Mikhael nama cucuku ini terlena diatas motor buruk ku yang sedang ditunggangi. Inilah cucu pertama ku .

Saturday, December 5, 2009

JPA redah hutan Jengka dan Baling .






















Meredah hutan Jengka dengan sekumpulan anggota pasukan pertahanan Awam untuk merakamkan aktiviti mereka mempelajari penggunaan alat perhubungan radio, dalam masa kecemasan atau dalam usaha pencarian dan penyelamatan begitu mencabar dan menguji kesabaran ,lebih lagi pada setiap anggota yang terlibat dalam latihan itu.Hujan yang renyai dan tanah yang licin menambahkan lagi beban aggota JPA yang sedia memikul bebenan berat radio yang dibawa mereka seberat 10kg itu.
Penggunaan radio sangat penting ketika menghadapi saat kecemasan .Apatah lagi sekiranya kejadian itu berlaku jauh dari kawasan penduduk.Perhubungan Radiolah alat yang memudahkan maklumat disegerakan.
Latihan telah dijalankan dibeberapa tempat yang terpilih iaitu di Jengka ,Pahang dan di Baling Kedah .

Thursday, September 10, 2009

Kesatuan Mesir- Israel cabaran untuk Sukarelawan.







Hari ini dalam bulan Ramadahan yang mulia ini saya di kejutkan olih berita yang tersiar di Tv 3. Berita mengenai seorang kawan saya yang telah mengorbankan segala masanya yang terluang untuk berbakti kepada masyarakat dunia yang memerlukan pembelaan .
Saudara Azlan yang saya kenali agak lama sejak 2003 selepas kembali saya dari menyertai pasukan jounalists yang membuat liputan berita di Iraq. Azlan juga turut ke Iraq ketika itu bersama satu pasukan kemanusian yang memberi bantuan mangsa perang Iraq. Azlan yang mempunyai banyak pengalaman dalam menyampaikan bantuan kemanusia, bukan sahaja bertanggung jawab menyampaikan bantuan malah beliau juga di amanahkan untuk mendirikan atau membangunkan projek bantuan sementara seperti mendirikan sebuah ampangan sementara di Afghanistan ,dan juga banyak lagi projek yang dilakukan olih beliau semasa keadaan bergolak ditempat yang dikunjungi untuk menyampaikan bantuan .
Hari ini peristiwa yang berlaku dalam beberapa hari yang lepas mungkin bukan yang pertama kalinya dihadapi olih saudara Azlan , ketika dalam tugasan memberi bantuan .
Gaza adalah wilayah yang dikuasai olih Israel dan sekutunya Mesir, Walaupun ianya tak tertulis namun pintu sempadan wilayah Rafah adalah dikuasai Mesir . Untuk memasuki gaza . Laluan mistilah mendapat kelulusan dari pihak berkuasa Mesir . Jadi segala keputusan adalah bergantung kepada kuasa yang dikendalikan olih pihak Mesir. Isrel juga memeinkan peranan untuk kemsukkan ke Gaza . Jadi siapa yang mendapat arahan dari siapa adalah tertakluk kepada kefahaman sendiri .
Ketika saya dan rombongan untuk ke Gaza diawal tahun selepas saja peperangan 22 hari . Kami juga mendapat layanan yang sama buruknya .Empat kali berulang alik ke Rafah dan salah seorang dari kami tidak dibenarkan masuk , malah ada diantara yang berduyun mahu ke gaza pulang hampa selain dari barangan bantuan yang tak dapat disampaikan .Itulah layanan Mesir pada gerombolan yang mahu memasukki Gaza . Ada diantaranya yang dimaki hamun , ketika di komplek imigersyennya . Taka taulah apa penyakit yang menghinggapi saudara kita yang satu ini , mungkin darah keturunan Firaun nya masih lagi kuat alirannya dalam tubuh mereka .
Kepada Azlan dan kepada yang mengikuti kisah Azlan apakah yang bolih dilakukan untuk memudahkan cara kepada sukarelawan yang sanggup mati demi saudaranya yang berada dalam kurungan Gaza.
Semuga Azlan akan tabah sambil bersabar dan teruskan usaha murni yang telah diamalkannya selama ini .

Sunday, July 26, 2009

Derita di sebalik senyuman .






Penduduk Gaza bersemangat tinggi, jumpalah diwaktu mana sekali pun mereka tetap ramah dan menghormati tamu .Walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan akibat perang namun mereka masih lagi memberi senyuman pada setiap perjumpaan yang diadakan .
Lawatan kami ke sebuah sekolah dimana para pelajarnya sempat mengadakan persembahan dan disinilah mereka meluahkan isi hati melalui bersajak dan lukisan.Mereka menyampingkan segala penderitaan yang dialami demi tetamu yang jauh bertandang . Di samping bendera Palastine mereka menunjukkan bakat pada tetamu .
Mungkin peperangan sudah biasa dalam hidup mereka ,sudah beberapa jenerasi mereka lalui .Sejak tahun 1948, jadi anak-anak ini cukup terlatih dan biasa dengan segala kehilangan harta maupun hilang nyawa . Alah bisa tegal biasa ,itulah kata bidalan yang kita dapat simpulkan disebalik senyuman dan ramah yang menutupi derita mereka selama ini .Setiap mereka adalah pejuang .

Tuesday, July 21, 2009

Gaza Terbiar, Sempadan Tertutup Rapat.



















Gaza masih lagi terkepung dari segenap penjuru . Walaupun peperangan yang telah mengorbankan seramai 1400 orang dalam masa dua puluh dua hari berlaku dari hujung december sehinggalah pertengahan January 09, namun Gaza tetap dalam kepungan .
Tiada barangan yang dibenarkan memasukki Gaza .Jadi segala kemusnahan berlaku dalam peperangan yang lalu masih lagi dalam keadaan terbiar dan tidak ada pembaikkan atau pembinaan semula .
Kelansungan akibat dari peperangan terus dideritai olih penduduk Gaza . Sekolah, masjid, hospital ,rumah kediaman , bangunan pentadbiran ,jalan ,pengairan dan pertanian yang dulunya terbarai masih lagi seperti dalam keadaan terbiar dan tidak mendapat perhatian. Penduduknya yang disekat segala keupayaan dan kemampuan .
Semasa perang Gaza dibantai dari segenap penjuru. Jerit pekik ,tangis dan kematian sudah biasa bagi penduduk Gaza. Sejak dari 1948 lagi mereka telah menangis ,meraung , dan ada di antaranya telah membawa tangisan dan luka parah sehingga ke lubang kubur .
Kehidupan selagi ada mereka tetap teruskan .Silih berganti keturunan ,mereka teruskan berjuang dalam susah dan derita. Demi kebebasan dan kemerdekaan Palastine seluruhnya menjadi warisan anak cucu dan keturunan mereka supaya dapat meneruskan kehidupan dibumi yang berdaulat dan merdeka .
Apabila segala pintu masuk ditutup dan dilarang keluar orang yang berada didalamnya ,tak dibenarkan segala bahan binaan,peralatan baik pulih hospital sekolah dan lain keperluan asas memasukkinya maka bayangkanlah keadaan penduduknya yang seramai 1.5 juta yang menghuni tanah Gaza yang luasnya sekangkang kera itu.
Pelbagai pertubuhan bersuara tentang kekejaman yang telah dilakukan dan mahu mengheret Zionis ke pengadilan antara bangsa , tapi sampai sekarang tidak ada satu pun yang menggerunkan Zionis laknat itu .