Sunday, June 24, 2007

American Marine named Ridzuan.


Saya dan temen yang lain berkumpul di lobby hotel Sharaton , baru sahaja sampai ke Baghdad.Menunggu urusan check in,Saya terjumpa sekumpulan marine america yang membuat kawalan di sekitar lobby , Dalam kumpulan tersebut ada seorang muda yang senyum shaja pada kami lalu kami didekatinya dan bertanyakan sesuatu agak jauh juga saya dan kawan-kawan yang masih keletihan perjalanan.Saya lihat dia mengatakan sesuatu pada salah seorang dari kami.
Urusan mendapat bilik hotel berjalan baik setelah membuat bayaran lebih kurang 1,700 USD .Semuanya wang ketika ini mau tidur pun kena bayar lebih dari biasa , maklumlah semua mau guna wang .
Tingkat 17, presidential suit . hanya layak untuk pembesar negara yang ke Baghdad sahaja . Apa bolih buat itulah hotel yang ada dan dijangka selamat.
Petang itu kami di datangi tetamu .Ridzuan disertai kawan-kawannya, seramai tiga orang semuanya. Ridzuan memberi salam ,terkejut juga saya ketika itu melihat wajah mat salleh memberi salam kerana saya tak kenal siapa lagi Ridzuan sebelum ini.Setelah memperkenalakn diri dan rombongan nya dia duduk dan berbual menggunakan bahasa melayu dan sedikit bahasa inggeris.
Ridzuan ialah cucu kepada Datuk Harris Salleh bekas ketua menteri Sabah sekitar 80an . Beliau berpindah ke California mengikut ibunya yang telah berpisah dengan ayahnya Abd.Razak.Sejak berumur 12 tahun dia telah berada disana belajar dan sekarang menyertai marine.
Peramah dan suka berbual . sambil berbual dia juga rindukan masakan Malaysia yang kami bawa . Serunding daging , sambal dalam bungkusan , habis , hingga menjilat jari .
Dalam kesempatan yang sedikit itu Ridzuan sempat juga bertanya kabar tentang Malaysia dan Sabah yang ditinggalkannya. ada juga sikit cerita mengenai peperangan yang dilaluinya, sambil mengeluarkan alat pencegahan chimecal-weapon beliau sempat memberi sedikit penerangan tentang penggunaannya sekiranya berlaku . Zaini dan Kamaruddin sempat juga menggayakan senjata yang digunakan olih Ridzuan dalam masa yang singkat itu.
Ridzuan meninggalkan kami setelah lebih satu jam berborak sambil melepaskan rindu pada masakan dan orang yang datang dari Malaysia.

No comments: