Nepal. negara kecil ,miskin tetapi terkenal keseluruh dunia kerana tarikan Himalaya, kerana ianya juga menjadi laluan ke Everest yang puncaknya adalah tertiggi di dunia .
Ada musim kebanjiran pelancung akan memenuhi hotel kecil dan besar dan para pelancung ini bukan sahaja akan ke Everest malah mereka akan begerak dimerata tempat menarik disini, memang menarik Nepal ini . Terletak dikaki gunung yang tertinggi dan mempunyai pemandangan yang menarik dikawasan perkampungan , walaupun miskin tapi kita akan dapati rakyat nya menjalankan berbagai aktivivitas untuk memenuhi kehidupan yang perlu di teruskan . Berbagai cara mencari rezeki akan nampak apabila melewati perkampungan di pendalaman menternak dan mengusahakan ladang dipergunungan sungguh menarik pemandangan , walau pun jerit perih tidak kita merasakan kerana kita juga adalah orang luar yang hanya akan tinggal beberapa hari sahaja dan pulang ketempat kita setelah puas menjamu mata .
Sebagai satu catatan semasa saya disana pemerintahnya adalah seorang raja yang berkuasa sepenuhnya .
Sejak June 2008,Pemerintahan Beraja telah bertukar kepada Republik.Rajanya telah turun takhta setelah berlaku pergolakkan dalam istana dan juga tidak disukai rakyat .
No comments:
Post a Comment