Tuesday, October 7, 2008

Harapan ibu- bapa....


Bulan Ramadhan yang berlalu meninggalkan kenangan yang mendalam kepada setiap jemaah
Tarawikh yang diimamkan olih adik Muhammad yang berusia 13 tahun . Kelunakan suaranya dan kebolehannya memghafal Al-Quran mengikut teranum sungguh mengkagumkan jemaah pada malam kedua sebelum berakhirnya Ramadhan .
Mungkin kelunakkan suara juga adalah satu anugerah kepadanya kerana jemaah yang seramai 300 orang dalam dewan sembahyang masjid Pandan Indah seperti terpegun ingin mencari kelibat imam muda remaja itu selepas saja selesai solat tarawikh sessi pertama .
Berbesar hatilah bapanya yang mengasuh dan mendidik anaknya hingga ke tahap yang begitu cemerlang, menyerahkan anaknya untuk belajar dari beberapa orang guru sehinggalah anaknya bergelar Al-Hafiz dalam usia yang begitu muda .
Adik Muhammad anak seorang penasihat undang-undang dan ibunya seorang doktor gigi juga telah mengharumkan nama negara dan namanya sendiri diperingkat antararabangsa , apabila mendapat pengiktirafan sebagai salah seorang pemenang bahagian bacaan terbaik dalam satu pertandingan yang diadakan di Dubai.
Usaha kedua ibu-bapanya membentuk anak dengan kesungguhan dan bertepatan pula dengan kehendak anaknya yang bercita dari kecil untuk mendalami Al-Quran , memungkinkan apa yang di anggap sukar kepada kebanyakkan kita termasuk diri saya sendiri . Alhamdullillah kejayaan bapa dan ibu adik Muhammad tentunya akan menjadi sandaran atau contoh kepada kita semua .
Semuga adik Muhammad juga akan memelihara Al-Quran didadanya biarlah lidahnya sentiasa basah dengan bacaan dari buku suci itu.

No comments: