Wednesday, January 30, 2008

Kembara Lat







Banyak kenangan yang sukar dilupakan semasa aku mengikuti rombongan kartunis yang membuat pengembaraan ke beberapa buah negeri di Malaysia yang diketuai olih Kartunis Lat.Ke hulu kehilir terbang sana terbang sini naik bas dan masuk kampung adalah antara program yang disediakan.Semuanya ialah bertujuan memperkenalkan budaya Malaysia kemata pelukis kartun terkenal yang kebanyakannya meyumbang karia mereka kepada akhbar terkenal di negara mereka .



Mungkin waktu itu idea memperkenalkan budaya Malaysia dengan menjemput kartunis terkenal adalah yang terbaik dan cepat difahami cara penyampaiannya olih dunia luar yang
serba kritis .
.


Di akhir pengembaraan kartunis yang telah memerhati dan mengumpul segala idea dari kaca matanya telah mengadakan satu pameran yang berlangsung di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur .



Selepas dari pengembaraan itu tiada lagi program yang sedemikian diadakan pada acara sambutan tahun melawat Malaysia berikutnya higgalah hari ini .

No comments: