Sunday, March 16, 2008

Gunung Botak dan sungai kuning kemerahaan .



Perjalanan ke Gua Musang melalui Simpang Pulai dsn Cameron Highland sungguh asyik kerana tak sunyi dari pemandangan yang menarik . Penat kerana kenderaan sentiasa berhati-hati melalui bengkang bengkok jalan yang di kelilingi bukit dan gunung-ganang di kiri dan kanan jalan .Kenderaan tak banyak menggunakan jalan ini . Kadang -kadang kita sahaja yang menggunakan jalan yang masih lagi berkeadaan baik walaupun sudah lama dibina., Sejak tahun 80an .
Cameron Highland adalah tempat singgahan pertama untuk berehat dan membuat sedikit senaman setelah jauh dan kepenatan dalam kenderaan . Sambil melihat kebun sayur yang terbentang luas dan singgah di gerai-gerai tepi jalan untuk membeli sayur segar dan melihat atau meninjau tanah tinggi yang telah bertukar rupa kerana kegiatan penanaman sayur yang begitu aktif sejak sekian lama .
Menuruni Cameron Highland bersemapadn dengan Kelantan kita akan terpaku dengan lagi satu kegiatan penanaman sayur yang lebih giat dimana kelihatan ladang nya yang luas dibuka tanpa meninggalkan sebatang pokok kayu pun untuk mengukuhkan tanahnya .Sudah banyak bantahan namun kegiatahn ini masih diteruskan, mungkin bantahan hanya sekadar bantah tapi ada orang yang beruntung daripada kegiatan ini jika diteruskan .
Sakit mata memandang pada kita yang hanya sesekali melalui jalan dan kawasan ini tapi pada yang mendiami kawasan ini . Mungkin lebih malang lagi.
Singgahlah untuk bertanya kabar di satu kampung yang terletak berhampiran dengan lebuhraya ini. Kampung Seng Sang didiami beberapa keluarga asli , merekalah yang menerima akibat dari kegiatan pembotakan tanah dikawasan berhampiran , mereka yang mendiami kawasan tak pernah melihat air jernih sejak tahun 87 kata seorang penduduk tempatan yang juga Tok Batin En. Mat anak Uda.
Sungai Belatop yang dulunya jernih digunakan penduduk untuk mandi manda dan untuk air minuman namun sekarang semuanya terpaksa ditinggalkan kerana kalau membasuh baju pun bermakna baju putih akan bertukar warna . Anak-anak pun tidak menggunakan sungai lagi untuk beriadah , kebanyakkan mereka menggunakan sumber air dari tempat lain untuk kegunaan seharian.
Mereka juga tak tahu bilakah air sugai Belatop ini akan bertukar menjadi jernih dan menjadikannya tempat anak-anak mereka mandi manda dan mencari sumber makanan dan pendapatan .

No comments: