Friday, August 8, 2008

Paya Mat Insun .




Paya Mat insun , perkampungan Melayu dan Siam, tak jauh dari pekan Pendang.Penduduk disini bergantung pada padi dan getah sebagai sumber pendapatan .Subur tanahnya pelbagai tanaman lain terdapat juga selain padi dan getah ada juga penduduk disini berkebun sayuran dan dusun ,


Jadi datanglah ke sini waktu durian jatuh, jangan datang waktu buah getah luruh .Sepanjang perjalanan kita akan lihat sawah padi dan bukit bukau yang sungguh menarik, buat pelawat atau tamu yang suka pada keindahan , kehijauan selain dari udara yang bersih , kalau tak musim kemarau .


Mat Insun ini unik . Kalau kita ambil yang baik dari sudut pergaulan orang Melayu dan orang Siam .


Satu ketika dulu sekitar enam puluhan , saya selalu menggunakan satu-satunya khidmat pengangkutan bas yang berulang alik dari Pendang Ke Sungai Tiang . Kalau tak salah saya orang kampung panggil Bas - Mara . Maklumlah terlalu lama.Dalam bas kalau kita berdiri , sebab bagi laluan pada orang tua yang perlu duduk . Bas pun tak panjang ,macam bas Mini Kat Kuala lumpur satu ketika dulu .Dalam bas kalau hari sabtu akan penuh dan bersesak dengan barangan


keperluan dan orangnya sekali. jadi berimpit lah dalam bas itu yang mengharungi jalan yang masih lagi tak secantik dan sebaik sekarang .Dalam Bas yang sesak ini , terdengarlah cerita dari percakapan dan bahasa yang digunakan bahasa daerah bunyinya lain dari yang bahasa selalu digunakan dalam loghat Kedah , Loghat Kedah yang ini lain dari yang lain banyak lenggok Siam dari Melayunya . dan ada diantaranya bertutur dalam bahasa Siam walaupun ada diantaranya Melayu yang bersongkok putih .Jadi cakaplah apa pun buat tak faham saja , sebab memang tak faham pun. Itulah keunikan kita akibat dari hubungan sosial yang terjalin diantara penduduk Melayu dan Siam didaerah ini .Hubungan yang berlandaskan hormat menghormati dan bertolak ansur .


Apabila bas sampai di Padang Pusing, berduyunlah penumpang dari Padang Pusing dan kampung sekitarnya akan turun , termasuklah penumpang dari Paya Mat Insun yang terletak agak kedalam sikit dari padang Pusing ini .


Sekarang kalau kita melalui laluan yang sama menaiki bas yang sudah besar dan cantik, sudah tidak berasakkan seperti tiga puluh tahun dulu. Percakapan dan pertuturan juga kedengaran sudah tidak sekuat dulu ,Kepekatan bahasa Melayunya sudah tidak bunyi dan mirip bahasa Siam lagi .


Paya Mat Insun walaupun letaknya jauh dari jalan raya tapi sudah ada semua yang dimiliki orang yang tinggal di bandar , malah mereka berbangga kerana tempat ibadat mereka atau Biara sudah besar dan cantik setanding dengan Biara di tempat lain .


Mereka sudah bangga menjadi warga Mat Insun di bumi merdeka .




2 comments:

Ahmad A Talib said...

Salam!

Wah, sudah ada perubahan dalam blog ni! Kepalanya pun dah kemas dan lebih menarik! Hebat! Teruskan sdra...

r.a.s.a.t said...

assalammualaikum...

saya orang baru dalam buat2 blog ni, seronok jugak dapat mendengar cerita orang2 lama. siap ada gambar yang membantu imaginasi menjadi lebih jelas. bolehlah saya ikut jejak bang haji ya.. sila beri tunjuk ajar..