Tuesday, October 21, 2008

Mohd Ali Hafizudin .


Mohd Ali Hafizudin .Anak saya yang ketiga sekarang masih lagi dalam rawatan rapi di IJN Kuala Lumpur . Anak muda yang berusia 21 tahun ini menerima rawatan penukaran injap(valves) dijantungnya yang telah didapati bocor.Artificial valves telah menggantikan fungsi injap yang telah bocor,sepertimana yang telah diberitahu olih doktor kepada saya sebelum pembedahan dijalankan .
Pada 20 .10 .08 hari Isnin jam 8.00 pagi pembedahan dijalankan keatas dada Mohd Ali, lebih kurang jam 12.30 tengahari saya dibenarkan untuk melawatnya di unit ICU. Mohd Ali seperti pesakit lain tidak sedarkan diri sehinggalah jam 9 malamnya baru berdaya untuk membuka mata dan sedikit pergerakan .
Alhamdulillah semalam 21.10.08 jam 12.30 tengahari Mohd Ali telah mula bercakap dengan saya dan ibunya dan meminta ibunya memberikan Handphone untuk mengantarkan sms pada kawan-kawan ,saya melarang dia menggunakan h/p kerana perbuatan itu akan mengganggu bacaan pada peralatan yang dipasang kepadanya.Ali memulangkan H/p pada ibunya .
Pada waktu melawat yang dibenarkan jam 4.30ptg hingga jam 7.00 ,sekali lagi kami melawatnya .Kali ini Mohd Ali sudah mulai makan makanan yang diberikan olih IJN , walaupun sedikit tapi dia sudah mulakan menjamah makanan yang diberikan olih IJN .
InsyaAllah Mohd Ali akan sembuh sepenuhnya berkat dari usaha dan kepakaran doktor yang ada dan peralatan yang disediakan, maka InsyaAllah pertambahan kepakaran dan tambahan peralatan juga sangatlah perlu untuk kebaikan kesihatan rakyat yang semakin bertambah dan akan juga membantu mengurangkan munculnya berbagai jenis penyakit yang dulunya sukar dikesan dan diubati.
Terima kasih pada kawan dan saudara yang sentiasa mendoakan kesembuhan sepenuhnya pada Mohd Ali Hafizudin.
Allah sahajalah yang sebaiknya membalas segala budi baik saudara walaupun dengan sepatah perkataan yang baik . Terima Kasih .

5 comments:

rizal hashim said...

salam tuan haji,

moga tabah menerima dugaan ini.

massagroup.blogspot.com said...

moga cepat sembuh dan menjalani kehidupan seharian

Ahmad A Talib said...

Salam! Bagaimana kadaan anak Sdra? Semakin pulih? TQ

JBingkasan said...

salam pak haji,

saya harap anak tuan haji tu dah sembuh sekarang.maaf kerana baru hari ini saya layari disini.

anuarhashim said...

Alhamdulillah . Anak saya Mohd Ali sedang beransur pulih dan sudah pun berada dirumah sejak dua minggu yang lalu . Rawatan susulan dengan IJN masih lagi dilakukan mengikut jadual. Terima kasih diatas doa dan kata semangat yang diberikan .Allah jua yang dapat membalas budi baik saudara-saudara .Terima kasih.