Saturday, December 6, 2008

Yayasan Salam in Kampuchea.






Setelah merentasi perjalanan selama lebih kurang lima jam ,sampailah sukarelawan Salam ke tempat yang dituju iaitu perkampungan Prek Sandai.Prek bermakna sungai dan Sandai adalah nama yang diberikan kepada sejenis ikan yang terdapat di sungai mekong .
Kedinginan malamnya dan kekurangan air menyebabkan kebanyakkan kami hanya memberseh badan secara ala-kadar.Solat subuh dalam kesamaran cahaya lampu kalimatang bersumberkan battery begitu suram dan hening dengan beberapa jemaah yang ramah walaupun dalam serba kekurangan .Banyak surau terdapat di perkampungan ini ,jarak antara satu surau dengan surau yang lain hanya berselang dua tiga buah rumah sahaja.Tidaklah saya mengerti sebabnya .
Sebatang jalan tanah merah menjadi jalan utama menghubungkan kampung ini dengan pekan dan bandar berdekatan . Setiap kali kenderaan melalui diatasnya berterbanganlah debu merah meninggalkan kesan pada rumah dan penduduk yang berdekatan jalan utama ini.
Kebanyakan penduduk adalah menjadi petani atau nelayan .Padi adalah menjadi sumber pendapatan.Sungai Mekong juga menjadi sumber air minum dan penyumbang kepada keperluan seharian .
Pasar paginya akan diadakan diatas jalan kecil atau lorong berhampiran tebing sungai yang luas ini .Begitu juga penduduk yang menghuni dirumah-rumah yang bertiang tinggi atas tebingannya .Penduduk dipersekitaran Sungai Mekong inilah yang menghidup dan memeriahkan suasana pasar pagi yang menjual barangan keperluan harian penduduk setempat .
Ada juga dikalangan penduduk disini yang telah berhijrah keluar dari Prek Sandai untuk mencari rezeki dan mencari ilmu ,terutamanya ilmu ugama .
Sejarah hitam yang tercatit dan menjadi ingatan sepanjang hayat kepada mereka yang mengalaminya,kerana ada diantara mereka masih lagi bolih menceritakan peristiwa hitam semasa dibawah pemerintahan rejim Pol Pot.Memerintah dengan kejam ,membunuh rakyatnya sendiri .Mereka orang-orang Islam dilarang bersembahyang dan dipaksa memakan daging babi yang campur bersama bubur nasi sekurangnya sekali dalam seminggu , begitulah seperti yang telah diceritakan kepada saya olih Pak imam Ali semasa saya membonceng mootornya ke Masjid yang telah dibantu pembinaannya olih Yayasan Salam .Masih banyak lagi yang perlu dibantu untuk meningkatkan taraf hidup pendududk di Prek Sandai ini .
Sekiranya ada dikalangan kita yang ingin membantu hubungilah Yayasan Salam -03 79584021.Semuga dengan sedikit bantuan yang dihulurkan akan menyumbang kepada kesejahteraan ummah dan mengiratkan hubungan persaudaraan.

4 comments:

Ahmad A Talib said...

Sdra Anuar,

TQ atas coretan dan gambar dari Kemboja. Cantik dan memberi makna kepada perjalanan dan perjuangan. Gambar2 ini mengembalikan kenangan sepanjang berada di kg serba kurang itu. Namun, penduduk kg yang ramah dan baik hati itu menjadikan sukarelawan sedar bahawa rupa-rupanya ada lagi yang lebih susah dari kita. Saya menungu gambar2 lain bersama coretan akan datang.

Syabas dan Salam dari saya, ahmad a talib.

saracocohoney said...

wah! cantiknye gambar... Alhamdulillah kita semua pulang dengan keadaan selamat... just a few yg sakit perut... semoga cerita2 dan pengalaman di sana boleh dijadikan pedoman, betapa bertuahnya kita di bumi M'sia...kan?

Rashidah Ibrahim said...

Sdra Anuar,
memang cantik gambar2, kira-kira lima keping dipilih oleh bos saya untuk masuk anjung seri, akan keluar januari depan. Ada kredit nama anuar...banyak lagi akan ditulis... untuk jelita dan i remaja. jika sesuai akan guna lagi gambar-gambar u, TQ.

Ismadi said...

salam kepada sahabat.semoga gembira jumpa saudara seagama