Sunday, March 29, 2009

Gaza . Pembunuhan terancang Zionis.













Sepanjang berada di Gaza selama sembilan hari dari 26 January 09 sehingga
3. February 09,secara rambang dapatlah dirumuskan bahawa penduduk Gaza begitu kuat dan tabah.Selama mereka menghadapi peperangan dua puluh dua hari yang berlalu.Walaupun ada diantara mereka kehilangan ahli keluarga namun dari wajah -wajah yang ditemui ,mereka redha diatas kehilangan.
Musnah tempat kediaman, hilang mata pencarian,tinggal berasakkan di khemah kecil . Mungkin dugaan dan kesengsaraan sudah lumrah dalam kehidupan mereka .Peperangan sudah berapa kali dilalui sejak 1948 .Ujudnya Intifadah,kebangkitan mereka melawan penjajah dan pelbagai lagi cara untuk melemahkan musuh mereka,Segala cara yang dibuat hanyalah ibarat nyamuk menggigit gajah .
Merekalah akan menghadapi risiko tindak balas Zionis secara tak berperi kemanusiaan . Tak setimpal dengan apa yang mereka lakukan sama ada serangan berani mati atau sebagainya.
Serangan yang dilakukan Israel terhadap Gaza bermula pada 27 December 08 sehingga 18January 09 secara agressive setelah semua pintu sempadan ditutup.Gaza yang sepanjang 41 km dan luasnya antara 6km hingga 8km itu menerima seranagn bertubi-tubi dalam masa 22 hari . Jumlah kematian tercatit ialah 1366 mungkin lebih . Kebanyakan yang mati terdiri dari anak-anak ,orang tua dan perempuan melebihi 50 peratus dari jumlah kematian .Kecederaan melebihi 6000. Kerosakkan harta benda memerlukam lebih kurang 4 billion USD untuk membangunkan semula Gaza . 53 Masjid juga turut musnah selain dari hospital sekolah rumah kediaman ,kilang-kilang dan jalanraya .
Balai polis , Universiti, sekolah ,parliman adalah juga sebahagian yang menjadi sasaran serangan ,malah lembu dan ternakan yang menjadi sumber makanan dan pendapatan tuurt musnah . Jadi apakah tujuan Israel ? Pembunuhan etnik atau menyekat tuntutan kemerdekaan . Sebelum serangan penduduk Gaza juga telah dikenakan berbagai sekatan dan telah berlaku sekatan sempadan menghalang kemasukan barangan keperluan . tindakan sekatan menyebabkan penduudk sekitar sempadan Rafah membuat terowong untuk menyeludup bahan makanan dan keperluan dari Mesir dan ujudnya terowong Israel menuduh berlaku penyeludupan senjata oleh Hamas.Dalam masa 22 hari serangan, banyak terowong telah dibom dan dimusnahkan .
Apakah penduduk dunia masih mahu mendiamkan ,menutup mata diatas segala kekejaman yang dilakukan Israel ?

1 comment:

Ismadi said...

Assalamualaikum, saudara Hj Anuar... semoga usaha anda ditulis sebagai jihad dis sisi Allah.. jika balik ke malaysia jangan lupa hubungi saya @ 0166655011