Sunday, April 12, 2009

Bersekolah di Gaza .




Kanak-kanak adalah satu harta penting yang dijaga dan dipelihara sebaiknya olih ibu-bapa atau penjaga yang di amanahkan . Anak adalah amanah Allah kepada manusia .
Kepetahan anak-anak dan dari mula ia menuturkan menggunakan bahasa yang dituturkan olih penjaganya .. sehinggalah dia berjaya menguasai bahasa itu dan berjaya dalam penggunaannya adalah membanggakan ...tak kiralah siapa yang mendengarnya ..terutamanya ketika bahasa itu digayakan melalui irama dan penyampaian nya secara bersahaja ..walaupun yang mendengar itu tidak memahami bahasa yang dituturkan namun lenggok dan gaya penyampai bisa menyentuh hati pendengarnya ..
Semasa saya berada di Gaza ,kami melawat sebuah sekolah yang telah mengadakan satu acara menyambut kedatangan kami kesana .
Selain dari mempamirkan hasil lukisan yang dilukis , mereka juga menyanyikan lagu-lagu patriotik dan bersajak .
Semuanya adalah berkisar dari luahan perasaan ,semangat perjuangan yang membara dari jiwa-jiwa mereka yang sentiasa bergelumang derita sengsara , hidup dijajah dan setiap hari ada diantara mereka sentiasa mengucapkan selamat tinggal seolah hari itu adalah hari terakhir mereka bersama ..
Ketika disekolah ini saya tak dapat menahan sebak ketika sedang merakam aksinya dengan penuh perasaan menyampaikan sebuah sajak ..dari gayanya dapat difahami derita sengsaranya menjadi seorang murid sekolah di Gaza ..
Sebagai satu catatan dalam peperangan yang berlaku selama 22 hari dari 27 December 08 sehingga 18 January 09 ,seramai lebih kurang 1400 kematian telah berlaku dan lebih dari 50 peratus darinya adalah kanak-kanak ,wanita dan orang tua .

No comments: