Wednesday, February 6, 2008

Afrika Selatan yang dilihat dan didengari .


Ketika penolakan Arphateid dari bumi Africa Selatan , aku, Ben dan Roslan menjejaki bumi yang dijajah dengan berbagai rejim itu dan dapatlah kami menyaksikan pergolakan yang berlaku semasa peralihan pada bulan April 94.
Nasib kulit hitam yang bertaraf manusia tidak diterima disini olih kelumpuk kecil orang kulit putih yang bergelar penjajah . Berbagai halangan akan dibuat untuk melumpuhkan gerakan pembebasan yang diketuai olih Mandela dan pengikutnya , mereka dipecah dan dilagakan supaya bermusuhan sesama sendiri berbagai kumpulan ujud walaupun Mandela adalah pejuang yang menjadi tonggak kearah penghapusan sistem arphateid yang diujudkan olih pemerintah berkulit putih.
Ada jalan yang dikhaskan untuk laluan orang yang berkulit putih sahaja , Ada pengangkutan awam yang dikhaskan untuk kulit yang berbeza , kalau ada diantara sihitam yang kaya dia takkan dapat membeli walau seinci pun tanah dalam kawasan yang diduduki olih orang berkulit putih .Itulah hakikat apabila bangsa yang diberi peluang menjadi penjajah akan menggunakan apa saja sistem selagi bolih menguntungkan diri sendiri .
Sweto satu daerah yang hampir dengan Johannesberg tapi perbezaan disegi pembangunan dan kemudahan awam adalah jauh panggang dari api , apa yang saya nampak waktu itu Sweto masih lagi berkongsi satu pancuran air untuk kemudahan membasuh dan mandi-manda .Sweto juga didirikan olih penghuni yang menduduki sekitar landasan keretapi dengan berdindingkan kotak sabun dan berbagai lagi benda yang mampu dicari untuk dijadikan dinding dan atap . Kesusahan di Sweto lebih kurang pandangan kita pada kampung Hj Abdullah Hukum sekitar tahun lapan puluhan yang masih di takrif sebagai setinggan bandar . Walau demikian masih ada yang kaya dikalangan setinggan di Kuala Lumpur. Ada business ada rumah papan yang kemas ... cuma terlalu dekat antara satu sama lain .
Kalau kita bayangkan sekitar diawal tahun kita mencapai kemerdekaan kita pernah dengar ada diantara nenek kita yang belajar menggunakan papan batu dan belajar di bangsal ,itu mungkin tidak berapa lama kemudian ianya digantikan dengan sekolah yang dibina berasaskan batu. Di Sweto dalam era 90an masih lagi penduduknya bersekolah menggunakan bangsal seolahnya seperti bangsal kambing, itulah yang bolih dilakukan apabila negeri dijajah .
Apa yang saya dengar sekarang ada banyak perubahan telah dibuat di Sweto dan lain tempat tetapi tak taulah yang didengar itu benar atau tidak .Semuga ianya benar kerana sudah bertukar pemerintah dari Mandela ke Thabo .

No comments: