Thursday, February 21, 2008
Durian Runtuh , Kesusilaan pun Jatuh.
Melewati perkampungan orang asli kampung Olak ,yang tidak berapa jauh dari karak highway ,aku berpeluang meninjau persekitaran yang hijau dan tenang dari kebisingan , perkampungan yang hanya didiami lebih kurang dua ratus penghuni itu berupaya hidup dalam keserderhanaan. Bersandarkan kepada apa yang terdapat di sekitar perkampungan yang mempunyai sungai yang jernih disamping kelapa sawit yang menghijau dihujung kampungnya .
Banyak sumber hutan yang telah dipungut untuk ditukar kepada barangan yang perlu dalam kehidupan modern .Sumber seperti buluh, rotan,daun pisang hutan ulam-ulaman di kutip dan dijual kepada peraih untuk dipasarkan .
Rumah yang diduduki juga sudah bertukar corak mereka sudah tidak tinggal dalam rumah yang didirikan dari buluh dan beratapkan daun dari bertam lagi .Ada keselesaan dan perubahan yang agak ketara kalau dibandingkan dengan beberapa tahun dahulu . Mungkin angin perubahan berlaku kerana mereka dekat dengan bandar.
Banyak diantara mereka sudah bermotosikal untuk kemudahan pengangkutan dan perjalanan.
Sekolah yang berdekatan juga disediakan asrama untuk anak-anak yang ditinggal jauh dari perkampungan .Jalan pun dah cantik sampai ke perkampungan ,kecuali yang jauh dari kawasan perkampungan itu , pendek kata perkara asas sudah banyak disediakan cuma letrik sahaja yang masih lagi belum disalirkan .
Walaupun ada banyak kemudahan yang terdapat namun cerita yang tidak menyenangkan tetap ada .
Kebun sawit yang diberikan telah dipajak kepada orang luar yang mengambil kesempatan atas kelemahan orang-orang asli ini yang kebanyakannya buta huruf dan mereka telah tertipu dengan perjanjian yang dibuat olih orang luar yang akan memungut hasil sawit tidak berapa lama lagi .
Satu lagi yang tidak sedap didengar ialah orang luar yang datang keperkampungan dengan membawa minuman keras ,dan bersuka ria dengan Tok batin yang mudah dibeli dengan sedikit suapan dan minuman yang bolih menyebabkan mereka mudah berurusan dalam segala urusan yang menguntungkan pihak luar ,dari menikmati keuntungan yang lebih baik untuk jangkamasa panjang untuk kebaikan masyarakat asli seluruhnya . semuga perkara ini dapat ditegah dari merebak dan menjadi penyakit keruntuhan moral walaupun mereka ini tidak banyak yang beragama islam atau agama yang lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment