Saturday, February 21, 2009

Gaza Parah dan Berdarah Tetap mesra dan Ramah. .




Tok Mat ,Hashim ,Hadi dan Mike bermalam di Cairo malam itu , esok mereka akan ke Al_Arish.Mungkin akan tiba di Al -Arish jam 11.00 pagi .Mereka telah pun menguruskan dokumen perjalanan seperti yang diperlukan olih pihak sempadan Rafah .
Malam itu kami menerima tamu dari Global Peace . Azlan , Khairil dan seorang doktor yang telah datang lebih awal tetapi disebabkan terlalu banyak kerenah disempadan Rafah untuk ke Gaza mereka terpaksa berulang- alik .Malam itu mereka bermalam dihotel yang sama dengan kami di Al-Arish.
Pagi 26.January kami menunggu Tok Mat dan yang lain tiba dari Cairo .Sementara mereka sampai kami seperti biasa pergi minum kopi dan sarapan .
Jam sebelas pagi rombongan dari Cairo sampai ke hotel dan kami mengambil sedikit masa untuk mengisikan barang yang sepatutnya dibawa bersama.Jam 11.45 bergerak ke Rafah .
Jam 12.30 kami telah berada di pintu sempadan Rafah . Ramai orang yang berkumpul didepan pintu pagar Rafah. Seperti biasa masing dengan beg pakaian dan barangan perlu menuggu pintu terbuka .Semuanya sudah bersedia dengan segala dokumen yang perlu untuk ke Gaza.
Pintu Rafah di buka Tok Mat memanggil aku kedalam pagar Rafah ,disana sudah ada Mike , Dr. Baba, Hadi dan lain lagi yang serombongan . Aku tetap berdebar dalam hati ,sambil melangkah , aku tertanya sama ada akan menerima nasib yang sama seperti sebelumnya . Keluar dari Rafah .
Aku lihat pegawai sempadan itu membelek dokumen ditangannya . Tak lama kemudian Dr. Baba dan Zulkifli mengangkat beg dan melangkah keluar dari pagar sempadan .
Siapa tak marah ? hari ini Doktor tak di perlukan . Siapa yang buat keputusan untuk masuk ke Gaza. Berat kaki Dr. Baba melangkah keluar berat juga mata aku memandang Dr.Baba yang melangkah keluar bersama Zul.tapi apa yang kita bolih buat kalau membantah risiko mungkin semua tak bolih masuk jadi terpaksa terima hakikat bahawa ini negeri orang ,kita tak ada kuasa jadi Dr.Baba dan Zul terpaksa melangkah keluar .. Azlan dan Kharil juga masih berada diluar pagar..
Setelah berada didalam komplek pemereksaan lebih kurang 3.45 kami menuju keluar dari komplek untuk menaiki bas ke satu lagi pemereksaan disebelah Gaza.... banyak kerenah dan kekasaran yang terpaksa dihadapi .. sebelum kami melangkah dibumi Gaza..Kami disambut olih Dr. Ghazi disempadan Gaza.... Bersambung.