Friday, February 27, 2009

Rafah Ke Gaza ..



Kemesraan Dr. Ghazi menyambut kami terasa betapa jauhnya layanan yang telah diberikan olih pihak sempadan Rafah disebelah Mesir.
Dr. Ghazi melayan kami lebih kurang 30 minit sebelum dia menunjukkan satu teksi yang akan membawa kami ke Gaza .Dr. Ghazi dan orangnya telah memberikan kami sedikit cerita mengenai peperangan yang telah berlaku dan banyak kemusnahan yang telah melibatkan kehilangan ribuan rumah dan mangsa yang mati ,kehilangan keluarga dan banyak lagi kemusnahan yang bakal kami saksikan semasa dalam perjalanan yang akan ditempuhi menuju ke Gaza city.
Kami menaiki satu teksi menuju ke Gaza city , sepanjang perjalanan di penuhi cerita dan juga ditunjukkan tempat yang telah musnah ,seperti balai polis , masjid dan bangunan yang yang runtuh ranap menyembah bumi, sekolah dan tanaman yang telah dimusnahkan olih Israel dalam peperangan 22 hari yang berlalu .
Perjalanan ke Gaza city akan melalui bandar kecil sepanjang jalan antaranya ialah Rafah dan Kan Yunis. Semasa dalam perjalanan itu kami juga ditunjukkan sebuah rumah yang terletak ditepi jalan hampir dengan satu bangunan . Cantik dan tidak ada sebarang kerosakkan . Itulah rumah Mahmud Abas . Pemimpin Fatah , yang tinggal di tebing barat , Ramallah.
Kami sampai ke Gaza city dan berhenti disatu tempat berhampiran dengan restoren dan sebuah sekoalah . Teksi menunggu di tepi jalan , kami diarahkan ke satu lokasi yang tidak jauh dari tempat teksi berhenti , berjalan kesatu lorong hinggalah sampai kesaru bangunan pejabat , aras tiga kalau tak salah . Disana kami disambut olih beberapa orang lagi pegawai yang telah sedia menunggu,tidak dibenarkan mengambil gambar . disana kami disuruh mengisikan beberapa dokumen perjalanan .Siap kami diiring olih beberapa pegawai sampai keteksi dan terus dibawa ke Gaza hotel , yang terletak menghadap ke laut agak dua ratus meter dari pantai .
Di Gaza hotel kami mengambil bilik ,aku berdua dengan Datuk Mat. Sekejap saja kami berehat melepaskan penat dan pada petang itu lebih kurang jam 6.30 petang kami sudah ada temu janji yang akan dibuat di As-Shifa hospital . ...Bersambung..

No comments: