Thursday, September 10, 2009

Kesatuan Mesir- Israel cabaran untuk Sukarelawan.







Hari ini dalam bulan Ramadahan yang mulia ini saya di kejutkan olih berita yang tersiar di Tv 3. Berita mengenai seorang kawan saya yang telah mengorbankan segala masanya yang terluang untuk berbakti kepada masyarakat dunia yang memerlukan pembelaan .
Saudara Azlan yang saya kenali agak lama sejak 2003 selepas kembali saya dari menyertai pasukan jounalists yang membuat liputan berita di Iraq. Azlan juga turut ke Iraq ketika itu bersama satu pasukan kemanusian yang memberi bantuan mangsa perang Iraq. Azlan yang mempunyai banyak pengalaman dalam menyampaikan bantuan kemanusia, bukan sahaja bertanggung jawab menyampaikan bantuan malah beliau juga di amanahkan untuk mendirikan atau membangunkan projek bantuan sementara seperti mendirikan sebuah ampangan sementara di Afghanistan ,dan juga banyak lagi projek yang dilakukan olih beliau semasa keadaan bergolak ditempat yang dikunjungi untuk menyampaikan bantuan .
Hari ini peristiwa yang berlaku dalam beberapa hari yang lepas mungkin bukan yang pertama kalinya dihadapi olih saudara Azlan , ketika dalam tugasan memberi bantuan .
Gaza adalah wilayah yang dikuasai olih Israel dan sekutunya Mesir, Walaupun ianya tak tertulis namun pintu sempadan wilayah Rafah adalah dikuasai Mesir . Untuk memasuki gaza . Laluan mistilah mendapat kelulusan dari pihak berkuasa Mesir . Jadi segala keputusan adalah bergantung kepada kuasa yang dikendalikan olih pihak Mesir. Isrel juga memeinkan peranan untuk kemsukkan ke Gaza . Jadi siapa yang mendapat arahan dari siapa adalah tertakluk kepada kefahaman sendiri .
Ketika saya dan rombongan untuk ke Gaza diawal tahun selepas saja peperangan 22 hari . Kami juga mendapat layanan yang sama buruknya .Empat kali berulang alik ke Rafah dan salah seorang dari kami tidak dibenarkan masuk , malah ada diantara yang berduyun mahu ke gaza pulang hampa selain dari barangan bantuan yang tak dapat disampaikan .Itulah layanan Mesir pada gerombolan yang mahu memasukki Gaza . Ada diantaranya yang dimaki hamun , ketika di komplek imigersyennya . Taka taulah apa penyakit yang menghinggapi saudara kita yang satu ini , mungkin darah keturunan Firaun nya masih lagi kuat alirannya dalam tubuh mereka .
Kepada Azlan dan kepada yang mengikuti kisah Azlan apakah yang bolih dilakukan untuk memudahkan cara kepada sukarelawan yang sanggup mati demi saudaranya yang berada dalam kurungan Gaza.
Semuga Azlan akan tabah sambil bersabar dan teruskan usaha murni yang telah diamalkannya selama ini .

Sunday, July 26, 2009

Derita di sebalik senyuman .






Penduduk Gaza bersemangat tinggi, jumpalah diwaktu mana sekali pun mereka tetap ramah dan menghormati tamu .Walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan akibat perang namun mereka masih lagi memberi senyuman pada setiap perjumpaan yang diadakan .
Lawatan kami ke sebuah sekolah dimana para pelajarnya sempat mengadakan persembahan dan disinilah mereka meluahkan isi hati melalui bersajak dan lukisan.Mereka menyampingkan segala penderitaan yang dialami demi tetamu yang jauh bertandang . Di samping bendera Palastine mereka menunjukkan bakat pada tetamu .
Mungkin peperangan sudah biasa dalam hidup mereka ,sudah beberapa jenerasi mereka lalui .Sejak tahun 1948, jadi anak-anak ini cukup terlatih dan biasa dengan segala kehilangan harta maupun hilang nyawa . Alah bisa tegal biasa ,itulah kata bidalan yang kita dapat simpulkan disebalik senyuman dan ramah yang menutupi derita mereka selama ini .Setiap mereka adalah pejuang .

Tuesday, July 21, 2009

Gaza Terbiar, Sempadan Tertutup Rapat.



















Gaza masih lagi terkepung dari segenap penjuru . Walaupun peperangan yang telah mengorbankan seramai 1400 orang dalam masa dua puluh dua hari berlaku dari hujung december sehinggalah pertengahan January 09, namun Gaza tetap dalam kepungan .
Tiada barangan yang dibenarkan memasukki Gaza .Jadi segala kemusnahan berlaku dalam peperangan yang lalu masih lagi dalam keadaan terbiar dan tidak ada pembaikkan atau pembinaan semula .
Kelansungan akibat dari peperangan terus dideritai olih penduduk Gaza . Sekolah, masjid, hospital ,rumah kediaman , bangunan pentadbiran ,jalan ,pengairan dan pertanian yang dulunya terbarai masih lagi seperti dalam keadaan terbiar dan tidak mendapat perhatian. Penduduknya yang disekat segala keupayaan dan kemampuan .
Semasa perang Gaza dibantai dari segenap penjuru. Jerit pekik ,tangis dan kematian sudah biasa bagi penduduk Gaza. Sejak dari 1948 lagi mereka telah menangis ,meraung , dan ada di antaranya telah membawa tangisan dan luka parah sehingga ke lubang kubur .
Kehidupan selagi ada mereka tetap teruskan .Silih berganti keturunan ,mereka teruskan berjuang dalam susah dan derita. Demi kebebasan dan kemerdekaan Palastine seluruhnya menjadi warisan anak cucu dan keturunan mereka supaya dapat meneruskan kehidupan dibumi yang berdaulat dan merdeka .
Apabila segala pintu masuk ditutup dan dilarang keluar orang yang berada didalamnya ,tak dibenarkan segala bahan binaan,peralatan baik pulih hospital sekolah dan lain keperluan asas memasukkinya maka bayangkanlah keadaan penduduknya yang seramai 1.5 juta yang menghuni tanah Gaza yang luasnya sekangkang kera itu.
Pelbagai pertubuhan bersuara tentang kekejaman yang telah dilakukan dan mahu mengheret Zionis ke pengadilan antara bangsa , tapi sampai sekarang tidak ada satu pun yang menggerunkan Zionis laknat itu .

Monday, July 6, 2009

Gahwah.Kenangan Kaherah dan Al Arish,Mesir.












Semasa berada di Kaherah selepas pulang dari Gaza ,kami sempat melapangkan masa untuk berjalan -jalan sekitar kota Kaherah yang sentiasa sibuk .
Setiap jalannya yang tak pernah sunyi dari manusia dan kenderaan yang bersesak dan bergerak perlahan .
Kedinginan yang dah hampir bertukar musim menyebabkan baju tebal yang menyaluti tubuh kami sudah tak berapa selesa lagi ,kecuali waktu pagi .
Banyak tempat sejarah yang menjadi kemistian untuk dilawati ketika berada di Kaherah ini .
Piramid yang terletak sejauh mata memandang yang meriwayatkan kisah kesombongan Firaun dan penentangan nabi -nabi yang ujud pada zamannya
.Ada juga Muzium dan kota-kota yang melakarkan kegemilangan Islam telah didirikan olih para pejuang singgah dan menjadi pemerintah negara padang pasir ini .
Masjid juga sebagai lambang atau mercu tanda kegemilangan Islam ujud dan bermastautin sebagai pemerintah disamping melebarkan Islam ke wilayah yang berdekatan .
Dalam kesuntukkan masa yang sedikit dan terhad hanya tempat sejarah sekitar Kaherah sahaja yang kami sempat lawati . Dalam segala tempat yang dilawati tak sama disegi sejarahnya , hanya satu tempat yang menjadi kenangan bersejarah bagi saya dan beberapa orang kawan yang sama duduk dibawah pokok dan bersandar ditembok berhampiran jalan laluan umum . Tempatnya tak jauh dari bangunan Kedutaan Malaysia Kaherah.
Warung kecil tepi jalan dipunyai olih seorang perempuan berumur sekitar enam puluhan .Gahwah atau kopi yang dibuatnya dan disajikan pada pengunjung yang setia dengan warungnya kerana di situ juga terdapat teh kegemaran orang arab . Teh pekat dan manis bersama daun pudina . Wah inilah kenangan yang paling enak dapat dirasakan .

Sunday, June 28, 2009

Kuala Tahan Ke Mat Daling .















Satu rombongan meninjau telah pun membuat tinjauan dari Kuala Tahan ke Kampung Mat Daling melalui jalan balak yang sedia ada sejauh 60km .
Rombongan yang terdiri dari lapan kontraktor ukur akan membuat kerja-kerja mengukur untuk memudahkan pembinaan sebatang jalan .Jalan sepanjang lebih kurang 60 km merentasi hutan ,menyambung perhubungan dari Kuala Tahan ke kampung Mat daling .
Pertama kali bagi saya, mungkin sudah berulang kali buat ahli 4x4 Batu caves meredah jalan balak yang berbatu dan bedebu di kebanyakkan tempat.
Musim kering menyebabkan debu begitu tebal dan ada ketika kita terpaksa berhenti untuk membiarkan debu tebal dibawa angin juga mengelak dari berlaku kemalangan .
Dalam hutan yang tebal dan jalan balak sempit ini ,hanya lori balak mengangkut keluar balak untuk ke kilang yang terpaksa kita berhati-hati.Berat muatan yang ditanggungnya dan jalan sempit ,berdebu dan gaung yang dalam memerlukan kecekapan dan kesabaran pemandu untuk mengendalikan kenderaan yang dipandunya .
Beberapa jambatan juga telah disediakan merentasi beberapa batang anak sungai yang jernih sepanjang perjalanan dari Kuala Tahan ke Kampung Mat Daling ini .
Ada beberapa kampung yang telah kami lalui antaranya Kampung Pagi . Terletak dipertengahan perjalanan ke kampung Mat Daling .
Sebuah sekolah kebangsaan ,satu kelinik desa dan sederetan kedai terletak berhampiran sebatang sungai yang cantik dan luas melalui kampung Pagi ini .Kami berhenti minum dan merehatkan badan seketika disini .
Walaupun jauh di pendalaman namun kemudahan asas penduduk dapat dinikmati olih penghuni Kampung Pagi ini .
Tentunya penduduk disini menikmati udara segar dipendalaman ini.
Dari Kampung Pagi kami bertolak ke Kampung Mat Daling yang tak jauh dari Kampung Bantal .
Setelah mendaki beberapa buah bukit dan melalui jalan yang sempit dikawasan perkampungan kami menghampiri kampung Bantal . Pemandangan sungai yang luas dan cantik terasa hilang penat .
Cerita mengenai ikan kelah yang banyak terdapat disini hanay menjadi cerita yang tak dapat dirasai sendiri kerana kesuntukkkan masa .
Mungkin ada lagi waktu untuk kami kesini lagi untuk menikmati kelazatan Kelah di Kampung Bantal dan juga mungkin dapat dinikmati keenakkan durian Kampung Mat Daling yang kami dapat lihat sahaja dari jauh ketika melalui jalan ke Mat Daling ini .

Sunday, June 7, 2009

Kuala Gandah .Pahang .

















Sesekali keluar bersama keluarga dan menyusuri lebuhraya Karak- Lancang dan menikmati kehijauan pemandangan sekeliling sungguh mengasyikkan dan terasa segar dan lapang .
Lancang tak jauh dari Lebuhraya dan tak jauh perjalanan dari Kuala Lumpur .. hanya memakan masa tajk sampai sejam perjalanan kita akan sampai ke tempat yang di tuju iaitu Kuala Gandah . Tempat yang terkenal pada pengunjung tempatan dan pelancung asing .. Kerana disini ada tempat pemeliharan gajah dan binatang lain yang menjadi tarikkan pelancung .
Gajah yang ada disini selain dipelihara dan dijaga kesihatan dan keperluan dia digunakan juga sebagai pertunjukkan untuk pengunjung yang ingin mendekati dan mempelajari gajah secara dekat .
Musim cuti bertambahlah para pengunjung dari luar dan dalam negeri ke Kuala Gandah ini .
Sungguh menarik dan terhibur apabila kita melihat telatah gajah-gajah dan juga binatang lain yang telah lama berada disini dan kebanyakkannya telah jinak dengan pengunjung .

Tuesday, April 21, 2009

Serlahan Jeram Batu.

































Melarikan diri dari kesibukan kota dan melapangkan fikiran yang sentiasa berat dengan bebenan kerja ,setiap orang mempunyai caranya tersendiri untuk bertenang dan bersunyi diri .
Memilih lokasi rehat dan riadah juga penting .Terpulang kepada kesukaan individu untuk memenuhi ruang yang tersedia dari berbagai arah . Ke hutan ,ke laut atau pesisir pantai ,ke perkampungan yang terpencil ,atau ke mana saja asalkan tempat yang menjadi pilihan membawa kedamaian jiwa.
Minggu lepas saya telah dijemput untuk mengikuti satu pengembaraan 4x4 ke Jeram Batu terletak dalam daerah Tanjung Malim .
Jeram Batu atau Sungai Bil jauhnya lebih kurang 130 km dari Kuala Lumpur .
Pertama kali mengikuti rombongan 4x4 dari Batu Caves bersama saudara Mat dan saudara Sazali bertolak ke Jeram Batu .
Mat dan Sazali memang sudah biasa dengan pemanduan 4x4 ,malah mereka telah beberapa kali membawa rombongan masuk hutan di berbagai lokasi .Dalam perjalanan ke Jeram Batu ini kami bertemu dengan saudara Fuad dan keluarga .Saudara Fuad juga telah merencanakan perjalanan bersama beberapa lagi keluarga yang telah terlebih dulu memasuki Jeram batu pada waktu pagi .
Meredah jalan sempit berbatu bukanlah mudah , ia memerlukan kecekapan mengawal kenderaan dan latihan terlebih dulu sebelum melakukan pemanduan meredah jalan sempit berbatu ini . Nampak senang dari luar tapi apabila berada didalam kenderaan pacuan empat roda ini barulah terasa segala kehebatan dan kesabaran pemandu teruji .
Sebanyak enam kenderaan pacuan empat roda telah berjaya sampai ke Jeram batu .Mereka yang telah sampai dulu telah pun siap dengan khemah dan telah pun berehat dan mandi- manda di sungai yang bersih dan jernih airnya .
Malam itu walau hujan renyai tapi kami sempat juga menikmati makanan yang enak dimasak olih puan Laila ,isteri kepada saudara Hadi .
Bermalam dalam hutan bukanlah kali pertama buat saya .Semasa bekerja dahulu saya telah melalui pengalaman bermalam di hutan bersama dengan pasukan polis hutan yang menjaga sempadan di Kelantan . Pada malam itu hujan berterusan menyebabkan cuaca sejuk dan bagaimana sejuk pun mata tetap juga tidur, keletihan berada dalam kenderaan dan kadang-kala berjalan kaki melalui jalan sempit berbatu pada siangnya.
Keseronokkan berada di hutan tak lama dikecapi kami bersiap sedia untuk memulakan perjalanan menuruni bukitdan menamatkan perkhemahan pada hari itu .
Menuruni jalan yang berbatu dan permukaan licin adalah cabaran yang perlu ditempuhi . Di sebelah kanan jalan curamnya agak dalam .Menyusuri jalan turun ini perlu lebih berhati-hati, sedikit kesilapan bolih menyebabkan kecelakaan.
Saudara Raof memulakan perjalanan balik diikuti olih saudara Sazali .Sazali mengalami masaalah ketika pacuan 4x4 yang dipandunya tersangkut diatas batu besar . Kenderaannya perlu ditarik .Saudara Raof dibantu olih Roslan ,Mat dan Hadi berjaya menggunakan kepakaran dan pengalaman mereka melepaskan kenderaan Sazali .
Puan Sri Sabrina adalah satu-satunya pemandu wanita dalam kumpulan enam buah kereta yang meredah Jeram Batu ini . Kehebatan memandu beliau memang mendapat pujian dari pemandu yang lain dalam kumpulan ini . Kecekalan menuruni bukit dan mendaki bukit yang berbatu besar dan jalan yang sempit mungkin memberi kepuasan pada beliau .Disamping menimba pengalaman berharga yang sukar didapati, apabila memandu bersama otai-otai yang telah berpengalaman luas meredah hutan di pelbagai tempat dan menempuhi berbagai keadaan yang berbeza .
Kerja berpasukkan dan semangat tolong menolong dalam masa yang singkat di hutan Jeram batu ini banyak mengajar kita menghindarkan diri dari sifat kesombongan yang kita bawa bersama dalam diri .. Alam belantara yang sunyi ini juga mengajar kita tentang kedamaian , keheningan dan kejernihan airnya ..sempat kita bermuhasabah .