Sunday, March 29, 2009

Gaza . Pembunuhan terancang Zionis.













Sepanjang berada di Gaza selama sembilan hari dari 26 January 09 sehingga
3. February 09,secara rambang dapatlah dirumuskan bahawa penduduk Gaza begitu kuat dan tabah.Selama mereka menghadapi peperangan dua puluh dua hari yang berlalu.Walaupun ada diantara mereka kehilangan ahli keluarga namun dari wajah -wajah yang ditemui ,mereka redha diatas kehilangan.
Musnah tempat kediaman, hilang mata pencarian,tinggal berasakkan di khemah kecil . Mungkin dugaan dan kesengsaraan sudah lumrah dalam kehidupan mereka .Peperangan sudah berapa kali dilalui sejak 1948 .Ujudnya Intifadah,kebangkitan mereka melawan penjajah dan pelbagai lagi cara untuk melemahkan musuh mereka,Segala cara yang dibuat hanyalah ibarat nyamuk menggigit gajah .
Merekalah akan menghadapi risiko tindak balas Zionis secara tak berperi kemanusiaan . Tak setimpal dengan apa yang mereka lakukan sama ada serangan berani mati atau sebagainya.
Serangan yang dilakukan Israel terhadap Gaza bermula pada 27 December 08 sehingga 18January 09 secara agressive setelah semua pintu sempadan ditutup.Gaza yang sepanjang 41 km dan luasnya antara 6km hingga 8km itu menerima seranagn bertubi-tubi dalam masa 22 hari . Jumlah kematian tercatit ialah 1366 mungkin lebih . Kebanyakan yang mati terdiri dari anak-anak ,orang tua dan perempuan melebihi 50 peratus dari jumlah kematian .Kecederaan melebihi 6000. Kerosakkan harta benda memerlukam lebih kurang 4 billion USD untuk membangunkan semula Gaza . 53 Masjid juga turut musnah selain dari hospital sekolah rumah kediaman ,kilang-kilang dan jalanraya .
Balai polis , Universiti, sekolah ,parliman adalah juga sebahagian yang menjadi sasaran serangan ,malah lembu dan ternakan yang menjadi sumber makanan dan pendapatan tuurt musnah . Jadi apakah tujuan Israel ? Pembunuhan etnik atau menyekat tuntutan kemerdekaan . Sebelum serangan penduduk Gaza juga telah dikenakan berbagai sekatan dan telah berlaku sekatan sempadan menghalang kemasukan barangan keperluan . tindakan sekatan menyebabkan penduudk sekitar sempadan Rafah membuat terowong untuk menyeludup bahan makanan dan keperluan dari Mesir dan ujudnya terowong Israel menuduh berlaku penyeludupan senjata oleh Hamas.Dalam masa 22 hari serangan, banyak terowong telah dibom dan dimusnahkan .
Apakah penduduk dunia masih mahu mendiamkan ,menutup mata diatas segala kekejaman yang dilakukan Israel ?

Wednesday, March 25, 2009

Kekejaman Gaza di PWTC .







Hari ini sempat saya melapangkan sedikit masa ke PWTC ,pertama ingin mengikuti susana setelah lama tidak merasai suasana perhimpunan Melayu.Sejak Pak Mahathir meninggalkan perhimpunan dan menyendiri dan di hindari . Lalu di perkenalkan Hadhari sejak itulah saya juga buat laluan sendiri.
Kerana hari ini ada sangkut paut dengan satu pameran yang diadakan di sana maka saya pun mengecilkan diri melalui pusuan ratusan Pak Chik Mak Chik dan pemuda pemudi yang mau merubah dan mencorakkan partai yang telah hampir tenggelam tapi masih timbul . Saya doakan semuga semuga perubahan berlaku kepada setiap individu yang telah menjadi ahli mendokong cita-cita parti bukannya mendukung hasrat peribadi .
Pameran yang berlangsung adalah mengenai Penderitaan penduduk Palestin di bumi Gaza . Saya harapkan juga pameran ini menjadi iktibar kepada kita tentang nikmat merdeka yang telah di kecapi selama ini .Jangan dianya menjadi satu paparan yang tidak dirasai dan tidak dijiwai .Kejadian yang berlaku ditempat lain juga sepatutnya menjadi iktibar kepada kita , betapa susahnya mendapatkan kemerdekaan . Berpuluh tahun menuntut ,beribu mati . kemusnahan berbagai macam . Merempat,sengsara bila dijajah .
Hubungan jiran , hubungan sesama kita ,kesepakatan ,dugaan harta dunia ,fitnah , sifat tamak , benci membenci sentiasa dikipas dan di hidupkan oleh setan yang tak tidur siang malam . datangnya dalam berbagai rupa, kadang-kadang berupa seorang kawan , kadang memakai serban ,berhujah bolih mengalahkan ulamak dan bermacam -macam lagi .Tapi hati budi dia saja yang mengerti ...Semuga kita di jauhkan dari orang yang matinya dalam kekenyangan yang melampau ..Selamat datang ke pameran lihat dengan mata dan hati ..

Saturday, March 14, 2009

Jabaliya Musnah,Semangat Jihad Bertambah.




Pertemuan dengan menteri kesihatan pada petang itu seperti satu sessi penerangan keatas apa yang telah terjadi dan kemusnahan yang teruk dialami olih penduduk Gaza, segala fakta tentang kematian yang banyak melibatkan anak-anak dan dikalangan orang tua yang tak berdaya terbunuh dan menjadi mangsa kekejaman Israel dalam masa 22 hari peperangan berlaku . Selain dari bangunan tempat berlindung dan rumah kediaman yang musnah .
Pada pagi 27.Jan 09 ,kami dibawa melawat bangunan yang sebahagiannya runtuh akibat bedilan israel . Bangunan ini adalah bangunan dimana ahli-ahli Parlimen yang dipilih mengadakan mesyuarat dan membuat undang-undang.Disini juga beberapa ahli parlimennya telah gugur syahid.Bangunan yang tersergam di tepi jalan ini runtuh sebahagiannya.
Tengahari kami bersama ahli parlimen Maghribi yang sedang membuat lawatan dibawa ke Jabaliya Timur untuk menyaksikan kemusnahan akibat dari serangan dan bedilan yang telah berlaku dalam masa 22 hari peperangan mengorbankan 1300 lebih jiwa yang lebih dari 50 peratus adalah kanak-kanak .