Sunday, May 18, 2008

Bimbingan dari kecil..bermenafaat hingga dewasa.


Membawa anak-anak menyertai peraduan melukis , mendedahkan anak kita kepada pergaulan yang baik dan mengajarnya bergaul dengan kawan sebaya dan juga menguji daya atau kepintaran yang sedia ada pada anak kita, disamping juga mengajarnya tentang berusaha untuk mencapai sesuatu walaupun tak semistinya kemenangan berada di pihaknya ,dengan itu mengajar juga padanya untuk menerima kekalahan pada waktu itu setelah diajar untuk berusaha .
Walaupun acaranya kecil kecilan tetapi membawa makna besar pada anak kita tentang sokongan yang di perolihi ketika dia beradu kecekapan melukis atas satu tajuk yang di berikan, nampak bersungguh anak kita berusaha . Sampai lengoh tangan anak kecil kita dalam usahanya melukis untuk mencapai kepuasan mewarnakan lukisan yang diberikan , Berbagai ragam anak dan ibu bapa yang dapat dilihat, membantu dan mendidik anak kecil untuk berjaya . Harapan ibu bapa besar pada setiap anak akan dicapai insyaallah akan berlaku sekiranya diperingkat ini dan keperingkat seterusnya kita kerap memberi perhatian . Bukan bimbingan dalam perkara ini sahaja malah dan hal yang lebih besar, sehingga lah anak kita mencapai jati dirinya dan akan berusaha sendiri supaya tidak tersasar dari landasan hidup yang di redai .
semuga semua kita terus membuat dan berusaha membimbing anaka-anak kita mencapai kejayaan dalam hidup di dunia dan akhirat seperti yang diinginkan .

Wednesday, May 7, 2008

Padi , Beras dulu dan sekarang .


Sawah atau bendang adalah sejiwa dan sebati dengan petani.Sawahlah yang menyuburkan padi dan menjanjikan beras pada petani dan penduduk di bumi bertuah ini .
Ada musim padi menjadi dan ada musim hasil padi berkurangan disebabkan faktor alam dan bencana yang tak terkawal olih tangan petani .
Tanaman padi yang dulunya hanya dibuat setahun sekali dalam tahun 70an ,kini sudah diusahakan dua musim dalam setahun .Sejak sistem saliran yang dibuat dan empangan yang dibina untuk pengaliran air ke sawah tanaman padi juga menghasilkan pendapatan agak lumayan , walaupun berbagai kerenah alam dan juga makhluk perosak yang bagaikan kudis , bolih menyebabkan hasil berkurangan .
Kalau dulunya kerbau menjadi pekerja yang setia pada petani sekarang semuanya dah bertukar pada bajakkan traktor .
Kalau dulunya ,apabila tiba musim menuai lampu gasolin akan mewarnai malam dan keriuhan dan dentuman seumpama gendang apabila padi dibanting didalam tong yang menggunakan layar untuk mengelak tumpahan ,susah payah membanting padi amat dirasai dalam musim hujan dan kedap padi yang terendanm akan lembik menyusahkan ketika pembantingan untuk mengeluarkan padi dari jerami yang terendam air ini dan upahnya tak seberapa .
Banyaklah suka duka yang dialami kalau mau cerita pasal cara menuai atau pengambilan padi waktu tahun 70an .
Perbezaan ketara adalah ,padi akan disimpan kedalam kepuk atau jelapang . Sekarang padi akan terus kekilang , petani hanya pergi mengambil hasil jualan dalam Rm , tak lagi dalam simpanan jelapang atau kepuk .
Saya masih ingat ketika harga padi sepikul Rm 16.00,dan padi akan jual ketika petani perlukan wang untuk membiayai keperluan seharian .
Banyak lagi cerita untuk kita renungkan apabila beras sekarang ini mencapai harga sekilo Rm 2.00+.