Wednesday, January 30, 2008

Kembara Lat







Banyak kenangan yang sukar dilupakan semasa aku mengikuti rombongan kartunis yang membuat pengembaraan ke beberapa buah negeri di Malaysia yang diketuai olih Kartunis Lat.Ke hulu kehilir terbang sana terbang sini naik bas dan masuk kampung adalah antara program yang disediakan.Semuanya ialah bertujuan memperkenalkan budaya Malaysia kemata pelukis kartun terkenal yang kebanyakannya meyumbang karia mereka kepada akhbar terkenal di negara mereka .



Mungkin waktu itu idea memperkenalkan budaya Malaysia dengan menjemput kartunis terkenal adalah yang terbaik dan cepat difahami cara penyampaiannya olih dunia luar yang
serba kritis .
.


Di akhir pengembaraan kartunis yang telah memerhati dan mengumpul segala idea dari kaca matanya telah mengadakan satu pameran yang berlangsung di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur .



Selepas dari pengembaraan itu tiada lagi program yang sedemikian diadakan pada acara sambutan tahun melawat Malaysia berikutnya higgalah hari ini .

Monday, January 21, 2008

Vietnam selepas perang .




Vietnam melakar sejarah hitam yang tercatat didada rakyatnya yang tak mungkin padam walaupun akan dihuni olih berpuluh generasi yang akan datang . Mungkin masih ada lagi dikalangan penduduknya yang masih trauma dengan kebisingan pesawat yang melewati diatas kepala mereka yang sedang mengerjakan sawah ,dentuman ledakan dan jeritan masih lagi membayangi mereka yang pernah mengalami dan masih lagi membawa kecacatan dan parut luka yang akan bersama kekubur walaupun perang antara Amerika dan Vietcong atau rejim komunis diwilayah utara atau vietnam utara telah lama tamat . Saigon sudah tiada lagi . Sekarang yang ada cuma Ho Chi Minh city begitulah perubahan yang melakar sejarah setelah kemenangan diperolihi olih pihak utara dimana Amerika terpaksa berundur dan menyepi kalah dalam menghalang kemaraan kominis ke wilayah selatan .


Dalam tahun 1992 saya berpeluang berkunjung ke Vietnam atas urusan kerja ,selama sembilan hari kalau tak salah saya kesana, sempat saya ke tempat -tempat yang dulunya saya hanya mendengar melalui berita dari radio, Danang , Hue, Saigon,ku chi tunnel ,Hanoi dan beberapa tempat lagi yang telah agak sukar diingati .


Kegigihan rakyatnya membangunkan Vietnam selepas era peperangan patut dipuji . Rakyat vietnam menceburi berbagai bidang ekonomi untuk memulihkan vietnam seperti yang terlihat hari ini. Saya ingat lagi semasa berada di perkampungan ketika diHanoi ,mungkin tak ada tanah yang kosong atau terbiar ,semuanya dipenuhi tanaman yang mendatangkan hasil samaada uintuk keoerluan diri sendiri atau untuk menambah pendapatan . Seawal jam empat pagi penanam bunga yang rumah terletak berhampiran hotel yang saya menginap telah pun bangun untuk melihat dan merawat pokok bunga tanamannya .Berbagai ragam orang vietnam mencari


pendapatan . mungkin peperangan mengajar mereka libih cekal untuk meneruskan kehidupan .


Saya tertarik dengan kesibukan basikal di setiap lorong penuh dengan muatan dari besi buruk dan berbagai lagi benda yang bolih dijadikan sumber pendapatan . Waktu petangnya kita akan temui berduyun pekerja berbasikal dan scooter seperti kalkatu ,mereka ini baru sahaj selesai bekerja dikilang yang membuat bermacam -macam barangan .


Ketika di Saigon sempat juga saya berkunjung kesebuah masjid yang terdapat sederetan dengan kedai yang menjual barangan keperluan harian . Mereka adalah keturunan Champa


dari Kemboja yang lari bersembunyi ke vietnam atas alasan peperangan yang berlaku ditempat asal .


Sekarang Vietnam sudah muncul sebagai satu negara yang dihormati dalam membangunkan ekonomi selepas kejatuhan yang teruk semasa perang .




Sunday, January 13, 2008

Rintihan ingatan, cari makan dan penginayaan





Kerja di peringkat bawahan
banyak sedih dan keperitan
berpeluh, panas kering dan hujan
letih tak rasa sendinya kepakaran

Awal bulan bertungkus lumus
Ujung nya bulan mengharap fulus sandarkan jihad kerja dirumus
Bulan berlalu mananya fulus

bulan kedua berdendang sayang
dari lubang panjang dan dalam
mungkin bulan ni anak bini kenyang
Bapa dapat upah kita kepasar malam

Tawke Man Layu nama panggilan
Selalu jumpa angkat-angkat tangan
pada man layu lah janji dan harapan
belanja sekolah dan rumah sewaan

Bulan kedua dah hampir menghilang
Kelibat Man layu tak nampak bayang
telipon tak angkat senyap memanjang
dengar ceritanya main-kon petualang .

Janji pada anak termungkir sudah
Mana pasar malam dan pakaian sekolah
makan , rumah sewa pun mungkin nyah.
Bapa merintih didalam parah
memohon berdoa kepada Allah
diberi rezeki pada yang hak
Pada Allah bapa menyerah dan pasrah
jauhi diinaya serta fitnah
semuga kita menjadi tabah
jihad kita mendapat barkah .
Orang terinaya doanya mustajab
ingatlah tuan sebagai peringatan
hidup didunia hanya sekejap
bila mati semua ditinggalkan
amalan yang baik jadi kiraan
diakhirat kelak yang akan kekal.
Kaya di dunia biar berpadan
Muflis di akhirat mintak dijauhkan .

Friday, January 4, 2008

Bendang Tok Din . Sebuah catatan .


Dulu saya memang bolih menghasilkan sebuah lukisan sama ada dari cat air atau cat minyak ,tapi semuanya telah saya tinggalkan sejak berkecimpung dalam arena photography ditambah lagi dengan bebanan kerja dalam bidang photography di sebuah akhbar tempatan .Bolih dikatakan terlalu lama saya tinggalkan bidang lukisan yang menggunakan bahan asas seperti berus dan segala jenis cat. Sehingga kalau dulunya jika tak melukis atau mencoret sesuatu keatas kertas akan jadi resah gelisah .

Setelah lama berhenti kerja dan peluang untuk berjinak dengan bidang ini terdedah dan terlalu mudah ,tak payah lagi menggunakan cat, berus dan bahan yang lain, sebab semuanya ada didepan mata dengan mempelajari sikit-sikit secara sendirian di rumah dan melihat kawan-kawan yang menggunakan kemudahan ini ,makanya saya pun mencuba dan nampaknya ada juga hasil yang agak bolih diketengahkan , cumanya pilihan subjek mistilah sesuai dan dipadankan dengan berbagai cara dan teknik yang terdapat dalam " Adobe Photoshop" dan lain -lain software yang bolih saja di downloadkan melalui kemudahan internet.

Banyak kesabaran diperlukan dalam menggunakan teknik yang baru bagi saya, pertamanya kita tak ada pembelajaran secara khusus dalam bidang ini , tapi tak salah kalau kita mencuba .

Kombinasi gambar yang telah disimpan selama lebih dari dua puluh tahun dan dicantumkan dengan orang yang sama ketika umurnya sudah hampir kepada 80 tahun , agak memberangsangkan juga hasilnya pada nilaian saya yang telah lama meninggalkan lapangan berus dan cat dan sekarang beralih kepada teknik dan kemudahan yang disediakan olih teknologi baru masa kini . Semuga ianya memberi manafaat daripada masa terbuang kosong di rumah .