Friday, January 16, 2009

Sumbangsih Keperihatinan GAZA.


Sumbangan dari kerajaan kepada Yayasan Salam melalui Kementerian Luar Negeri hari ini adalah sebagai tanda keperihatinan kerajaan kepada badan NGO yang akan menyumbangkan tenaganya menyampaikan bantuan kepada mangsa perang yang sedang menderita di Gaza.
Sejak 27 Dec 08 hingga hari ini sudah 21 hari penduduk Gaza membilang korban yang terbanyak iaitu 1135 orang dan kebanyakkan yang menjadi korban adalah kanak-kanak dan orang tua yang tak berupaya .Bedilan demi bedilan dihala olih tentera zionis kearah Gaza .Dikepung sekeliling bandar-bandar yang mempunyai kepadatan penduduk.Hospital,sekolah,masjid semuanya menjadi sasaran , sudah tidak ada pantang lagi dalam peperangan menghapuskan HAMAS. Kerajaan yang telah dipilih secara sah olih pendududuk Gaza, tapi dianggap pengganas olih Israel dan sekutunya Amerika .
Penduduk Gaza umpama tinggal dipenjara besar ,diburu dan dibunuh .Sejak 21 hari peperangan Israel hanya merekodkan 13 kematian .
Dalam masa yang sama PBB dan negara arab sekeliling hanya membuat berbagai-bagai resolusi untuk menggencat senjata antara keduanya namun ,semuanya tinggal resolusi.Peperangan tak ada henti .
Sedih,malu,marah.berbagai lagi perasaan yang mencabar kesabaran .Ludah, maki hamun,jelek pada angkuhnya sibiadap.Semuanya hanya tertimbun disempadan tidak kesampaian seperti longgokan makanan ubatan pakaian dan laian-lain keperluan bersepah menunggu tarikh luput akan jadi sampah membenteng Rafah .Malang bertambah malang melihat keruntuhan dan pembunuhan ,hati menangis kesedihan ,Tanah Gaza saksi penyembelihan .Jemaah Gaza Ranap didalam .Jemaah diluar DIAM.