Thursday, February 21, 2008

Durian Runtuh , Kesusilaan pun Jatuh.




Melewati perkampungan orang asli kampung Olak ,yang tidak berapa jauh dari karak highway ,aku berpeluang meninjau persekitaran yang hijau dan tenang dari kebisingan , perkampungan yang hanya didiami lebih kurang dua ratus penghuni itu berupaya hidup dalam keserderhanaan. Bersandarkan kepada apa yang terdapat di sekitar perkampungan yang mempunyai sungai yang jernih disamping kelapa sawit yang menghijau dihujung kampungnya .
Banyak sumber hutan yang telah dipungut untuk ditukar kepada barangan yang perlu dalam kehidupan modern .Sumber seperti buluh, rotan,daun pisang hutan ulam-ulaman di kutip dan dijual kepada peraih untuk dipasarkan .
Rumah yang diduduki juga sudah bertukar corak mereka sudah tidak tinggal dalam rumah yang didirikan dari buluh dan beratapkan daun dari bertam lagi .Ada keselesaan dan perubahan yang agak ketara kalau dibandingkan dengan beberapa tahun dahulu . Mungkin angin perubahan berlaku kerana mereka dekat dengan bandar.
Banyak diantara mereka sudah bermotosikal untuk kemudahan pengangkutan dan perjalanan.
Sekolah yang berdekatan juga disediakan asrama untuk anak-anak yang ditinggal jauh dari perkampungan .Jalan pun dah cantik sampai ke perkampungan ,kecuali yang jauh dari kawasan perkampungan itu , pendek kata perkara asas sudah banyak disediakan cuma letrik sahaja yang masih lagi belum disalirkan .
Walaupun ada banyak kemudahan yang terdapat namun cerita yang tidak menyenangkan tetap ada .
Kebun sawit yang diberikan telah dipajak kepada orang luar yang mengambil kesempatan atas kelemahan orang-orang asli ini yang kebanyakannya buta huruf dan mereka telah tertipu dengan perjanjian yang dibuat olih orang luar yang akan memungut hasil sawit tidak berapa lama lagi .
Satu lagi yang tidak sedap didengar ialah orang luar yang datang keperkampungan dengan membawa minuman keras ,dan bersuka ria dengan Tok batin yang mudah dibeli dengan sedikit suapan dan minuman yang bolih menyebabkan mereka mudah berurusan dalam segala urusan yang menguntungkan pihak luar ,dari menikmati keuntungan yang lebih baik untuk jangkamasa panjang untuk kebaikan masyarakat asli seluruhnya . semuga perkara ini dapat ditegah dari merebak dan menjadi penyakit keruntuhan moral walaupun mereka ini tidak banyak yang beragama islam atau agama yang lain.

Friday, February 15, 2008

Hutan Sepi penipu teguh berdiri .





Sesekali beralih angin, sungguh seronok lari dari kesibukan kota yang padat dengan sengsara dalam mewah yang melimpah tak semuanya mengecapi kemewahan kota secara teratur. Kais pagi makan petang, kais malam makan pagi dan esok kais lagi kadang sikit kadang tak ada rezeki kita , rezeki siapa dulu dia dapat . Ada yang bertungkus lumus kerja bersesak berbagai arah berkejaran bersama pendatang . Ada yang menghadapi nasib malang , kerja siap tawke hilang lalu samalah senasib pekerja tempatan atau pendatang sama dirundung malang . Tawke besar terbang . penipuan . tanpa peduli undang-undang, mengadu pun , seolah anjing menyalak bukit . Bukan nak cerita pasal orang tapi pasal pengalaman sejak kerja kecil yang mau bikin banyak wang,tapi tak kesampaian kerana kurang pengalaman dalam hal tipuan dagang dan sikap orang yang tak peduli orang, dia mau hidup sorang saja mau senang .Orang lain peduli apa ...
Teringat waktu kerja sesama jadi kuli bersama dengan pendatang ,setiap kali waktu makan mereka berkumpul makan bersama tak ada lauk kadang-kadang makan jauh-jauh dari orang . Hanya sayur dan nasi putih .Bekal yang di masak waktu pagi sebelum datang kerja . Sudahlah datang jauh dari seberang dan hadapi pelbagai halang , tapi untuk sesuap nasi bersesaklah kenegeri orang .Maki hamun dan berbagai tuduhan adalah satu kebiasaan . Tiba-tiba bernasib malang lagi kerja berbulan satu sen pun tak dapat bayaran . Manalah nasib nak dibawa. nak mengadu pada siapa .Ini bukan negeri kita .
Kepala pening dibandar menyebabkan aku beralih angin keluar daerah . Kehutan yang
yang gelap dari kehidupan mewah . Melihat kejernihan air yang mengalir dari sungai yang bolih diminum mentah , dan kehijauan yang menyegarkan mata ,segar udara dan sejuk terasa semuanya dapat melupakan penyiksaan bandar yang halus dan ramah.
Dalam hutan yang hijau pekat dan padat ini, bukanlah tak ada penyamun atau penipu semua tempat ada cuma tipu dibuat pada yang tak berdaya .Kepada penduduk orang asli yang jauh dalam hutan ini pun penipuan tetap berjalan .mana ada kasihan orang yang tak ada ikhlas dalam hidup .Untuk cari makan asal ada peluang saja tak kira siapa punya . Modalnya janji manis dan sedikit wang sebagai umpan ,lalu sia-sia lah perojek pembangunan yang diperuntukan untuk kaum Asli ini bertukar tangan, yang untung bukan orang Asli yang dalam hutan tapi orang bandar yang banyak modal dan musnahlah harapan orang Asli yang tak ada bimbingan dan seperti biasalah mereka mencari makan . Ulam .petai dan semua bahan hutan yang tak perlu pada modal jadi bahan untuk keperluan hidup yang tak perlu pada banyak modal . Tanah tergadai ,hasil tak dapat di tuai .
Hidup menumpang pada ehsan orang di bumi sendiri kerana ...penipuan menjalar dari bandar besar hinggalah kehutan sepi . Penipu segar bugar tak di tegur untuk berhenti mungkin undang-undang pun bolih dibeli.

Sunday, February 10, 2008

Bosmont dalam ingatan .


Setelah menjejak kaki ke Africa Selatan di Johannesberg pada bulan April 1994. Waktu kesibukan pilihanraya yang diadakan buat pertama kalinya dalam sejarah menolak sistem Arphateid yang di amalkan sejak sekian lama olih penjajah kulit putih disana.
Keluarga Mugammat Salle , menantunya Ehsan dan isterinya Nureina anak kepada Salle dan tiga orang cucunya diperkenalkan kepada kami melalui kakitangan kedutaan Malaysia yang berada disana .
Keluarga ini dengar ceritanya berasal dari Indonesia berketurunan Melayu.Mereka tinggal di pinggir Johannesberg tak berapa jauh kira-kira setengah jam perjalanan dari hotel Rosebank tempat kami menginap.
Perpindahan orang Melayu kesini adalah dibawa olih Belanda, sekitar 1700 masihi ketika perdagangan rempah yang menjadi rebutan dikalangan negara Eropah.Belanda yang menjajah Indonesia telah membawa orang Indonesia kesini sebagai orang buangan .Banyak terdapat keluarga keturunan Melayu didaerah Bosmont ini ,aku dapat menyaksikan ketika mereka keluar mengundi, mereka masih berperawakan Melayu disegi pakaian yang dipakai ketika menghadiri majlis resmi seperti yang terlihat pada hari pembuangan undi itu.Cara mereka berjalan,berbual dan raut wajah tak hilang walaupun sudah beberapa jenerasi mereka berada disini.Bahasa Melayu sahaja yang sudah hilang dari akmus pertuturan mereka .
Mogammat yang sudah lama tinggal disini berasal dari Cape Town .Nureina anak Mogammat sudah berkeluarga , dan bekerja dengan MAS .Pernah datang ke Malaysia .
Aku tak akan lupa pada keluarga ini kerena , setelah empat hari berada dibumi Afrika Selatan aku berpuasa dari menjamah nasi dan kari daging , ini disebabkan status halal yang diragukan .
Sampai saja kami kerumah keluarga Nureina ini ,aku seperti lemah anggota bila terbau kari masakannya pada malam itu . Tak ada bezanya dengan kari yang dimasak di tempat kita sendiri .
Aku seperti orang yang tak pernah makan beberapa hari ketika aku berdepan dengan hidangan yang dihidangkan . Terasa lepas segala rindu yang ditanggung selama beberapa hari berjauhan dari Malaysia .
Itulah untungnya kalau ada saudara sebangsa seketurunan walau jauh namun serasa dekat dan bertambah kuat ikatan walaupun terpisah dan tak pernah kenal tapi bertemu dan berkenal terasa seperti sudah lama berkenalan . Semuga Allah membalas budi baik keluarga Nureina , Ehsan , Mogammat dan cucunya . Dimurahkan rezeki sepanjang kehidupan .

Wednesday, February 6, 2008

Afrika Selatan yang dilihat dan didengari .


Ketika penolakan Arphateid dari bumi Africa Selatan , aku, Ben dan Roslan menjejaki bumi yang dijajah dengan berbagai rejim itu dan dapatlah kami menyaksikan pergolakan yang berlaku semasa peralihan pada bulan April 94.
Nasib kulit hitam yang bertaraf manusia tidak diterima disini olih kelumpuk kecil orang kulit putih yang bergelar penjajah . Berbagai halangan akan dibuat untuk melumpuhkan gerakan pembebasan yang diketuai olih Mandela dan pengikutnya , mereka dipecah dan dilagakan supaya bermusuhan sesama sendiri berbagai kumpulan ujud walaupun Mandela adalah pejuang yang menjadi tonggak kearah penghapusan sistem arphateid yang diujudkan olih pemerintah berkulit putih.
Ada jalan yang dikhaskan untuk laluan orang yang berkulit putih sahaja , Ada pengangkutan awam yang dikhaskan untuk kulit yang berbeza , kalau ada diantara sihitam yang kaya dia takkan dapat membeli walau seinci pun tanah dalam kawasan yang diduduki olih orang berkulit putih .Itulah hakikat apabila bangsa yang diberi peluang menjadi penjajah akan menggunakan apa saja sistem selagi bolih menguntungkan diri sendiri .
Sweto satu daerah yang hampir dengan Johannesberg tapi perbezaan disegi pembangunan dan kemudahan awam adalah jauh panggang dari api , apa yang saya nampak waktu itu Sweto masih lagi berkongsi satu pancuran air untuk kemudahan membasuh dan mandi-manda .Sweto juga didirikan olih penghuni yang menduduki sekitar landasan keretapi dengan berdindingkan kotak sabun dan berbagai lagi benda yang mampu dicari untuk dijadikan dinding dan atap . Kesusahan di Sweto lebih kurang pandangan kita pada kampung Hj Abdullah Hukum sekitar tahun lapan puluhan yang masih di takrif sebagai setinggan bandar . Walau demikian masih ada yang kaya dikalangan setinggan di Kuala Lumpur. Ada business ada rumah papan yang kemas ... cuma terlalu dekat antara satu sama lain .
Kalau kita bayangkan sekitar diawal tahun kita mencapai kemerdekaan kita pernah dengar ada diantara nenek kita yang belajar menggunakan papan batu dan belajar di bangsal ,itu mungkin tidak berapa lama kemudian ianya digantikan dengan sekolah yang dibina berasaskan batu. Di Sweto dalam era 90an masih lagi penduduknya bersekolah menggunakan bangsal seolahnya seperti bangsal kambing, itulah yang bolih dilakukan apabila negeri dijajah .
Apa yang saya dengar sekarang ada banyak perubahan telah dibuat di Sweto dan lain tempat tetapi tak taulah yang didengar itu benar atau tidak .Semuga ianya benar kerana sudah bertukar pemerintah dari Mandela ke Thabo .

Sunday, February 3, 2008

Palestine Sengsara , semangat tetap membara.




Kesengsaraan menjadi rakyat Palestine akan bermula sejak dilahirkan bersama membesar, dan setiap detik kehidupan akan dirasai secara phisikal atau secara halus membaluti dalam satu pakage kepada pemegang kartu atau kad pengenalan diri yang dipegang olih setiap rakyat yang tertakluk pada penjajahan rejim yang bernama Yahudi. Sengsara ini mungkin telah menjadi darah daging dalam kehidupan mereka kalau tak hari ini mungkin esok mereka akan digelar syuhada dan setiap dari mereka adalah pejuang kebebasan . Mereka tak punya kapal perang untuk berperang dengan tentera besar Yahudi,yang ada hanyalah semangat dan senjata yang tak secanggih gerila lain yang punya sumber keewangan yang cukup untuk membelinya . Tapi mereka tak pernah merendah diri mereka tetap menentang walau tinggal bersaorangan dan hanya yang tinggal anak -anak kecil namun lawan mereka tetap gagah.
Mereka tak mengharap jiran yang bolih menolong mereka disaat genting, kerana jiran telah lama berdiplomasi ,memakan masa yang panjang untuk membuat tuntutan demi tuntutan ,namun tak ada yang menjadi kenyataan . Lalu batulah dan apa saja yang hampir akan menjadi peluru menuju kesasaran . Walaupun Lambat mereka tetap bersemangat negeri yang dijajah tetap akan dituntut kemerdekaan .