Saturday, June 21, 2008

Catatan di Republik Nepal .




Nepal. negara kecil ,miskin tetapi terkenal keseluruh dunia kerana tarikan Himalaya, kerana ianya juga menjadi laluan ke Everest yang puncaknya adalah tertiggi di dunia .


Ada musim kebanjiran pelancung akan memenuhi hotel kecil dan besar dan para pelancung ini bukan sahaja akan ke Everest malah mereka akan begerak dimerata tempat menarik disini, memang menarik Nepal ini . Terletak dikaki gunung yang tertinggi dan mempunyai pemandangan yang menarik dikawasan perkampungan , walaupun miskin tapi kita akan dapati rakyat nya menjalankan berbagai aktivivitas untuk memenuhi kehidupan yang perlu di teruskan . Berbagai cara mencari rezeki akan nampak apabila melewati perkampungan di pendalaman menternak dan mengusahakan ladang dipergunungan sungguh menarik pemandangan , walau pun jerit perih tidak kita merasakan kerana kita juga adalah orang luar yang hanya akan tinggal beberapa hari sahaja dan pulang ketempat kita setelah puas menjamu mata .


Sebagai satu catatan semasa saya disana pemerintahnya adalah seorang raja yang berkuasa sepenuhnya .


Sejak June 2008,Pemerintahan Beraja telah bertukar kepada Republik.Rajanya telah turun takhta setelah berlaku pergolakkan dalam istana dan juga tidak disukai rakyat .

Friday, June 6, 2008

Tersedak..lonjakkan mendadak .



Kenaikkan harga bahan bakar yang mendadak , akan menjadi punca atau penyebab kepada kenaikan harga barangan yang lain mungkin akan disusuli secara perlahan atau dinaikkan secara tiba-tiba terpulang kepada peniaga atau penjual barangan yang menjualnya .
Kawalan harga yang dikenakan bukanlah menyeluruh kesemua kawasan, yang jauh dipendalaman akan terasa perit dengan himpitan harga barangan yang dinaikkan itu walaupun mereka mungkin tak punya kenderaan tapi mereka akan terasa himpitan kenaikkan harga barangan keperluan yang dibawa dari bandar ketempat mereka .
Kalau diperkampungan yang masih lagi tidak punya lampu aliran letrik mungkin mereka menggunakan generator , jadi taklah dapat nak dielakkan melainkan malam nya mereka menggunakan lampu minyak tanah atau gasolin tak lah menanggung beban harga yang teramat tinggi .
Apabila berjauhan dari sekolah tentunya kenaikkan kesekolah akan turut dinaikkan harganya , kalau punya anak ramai aduh bayangkanlah.
Hidup dikampung . ada orang membuat cadangan demikian, bercucuk tanam ,berbasikal kesana sini . ikan buat kolam sendiri, ayam pelihara sendiri , beras padi huma dan buat sawah .Ada pokok getah di toreh untuk perbelanjaan seharian , rasanya ada juga yang ringan tapi akan ada juga kekurangan tapi bolih bertahan lah . Kalau tak hujan dan kemarau panjang . Kalau jadi nelayan kecilan macam mana agaknya .
Harga minyak naik semua barangan naik , duduklah dimana pun kita tak akan terlepas dari himpitan kemiskinan walaupun sedikit tapi miskin lah juga .