Tuesday, July 22, 2008

Belantara nyaman dan anak-anak keriangan .





Kenakalan , kemesraan ,keriangan tak akan mudah luput dari zaman kanak-kanak tak kiralah walau di mana mereka berada , mereka tetap riang dan bermain walaupun di belantara ,berbeza dengan anak-anak yang lahir dibandar maupun perkampungan yang tersusun .
Anak-anak suku Temuan yang cekal dan tabah ini tak kalah dengan apa yang ada ,mereka tetap riang di belantara Gua Musang yang menjadi tempat tumpah darah mereka , Ada sekolah ada kemudahan yang diberikan dan dalam serba kekurangan kerana bapa-bapa mereka mengharapkan pada harga keledek dan kerja-kerja dari pembalakan yang berhampiran untuk menyambung kehidupan selain dari hasil buah-buahan yang bermusim yang dibawa ke pekan Gua Musang atau ada peraih yang singgah untuk membeli dari mereka.


Di belantara ini , Kelede, Ubi Kayu adalah makanan utama selain dari beras sekali sekala .


Mereka tinggal jauh di pendalaman ,sakit demam pun selagi dapat bertahan mereka akan berubat dengan apa yang ada dulu dari tumbuhan daun dan akar sekeliling perkampungan , melainkan ada sakit yang tak mampu di tanggung seperti sakit untuk berasalin , mereka akan dihantar keluar ke hospital yang ada di bandar , kadang menggunakan helikopter yang biayanya di tanggung olih kerajaan .


Melihat kenakalan anak-anak ini dan keseronokan mereka bermain air sungai yang mengalir deras dan mencari anak ikan kelah ,labi dan kucing hutan menunjukkan betapa alam yang bersih dan jernih dari belantara ini begitu akrab dan sebati dengan mereka .


Apakah kita yang malang, jauh dari mereka ,tidak pernah longgar dari kesibukan dan haru-biru kota batu ,kegemerlapan malam yang celaru lalu fikiran buntu, hidup antara malu dan tersipu, dan apakah hijrah dari hutan batu akan ada ketenangan .

2 comments:

terubuk jantan said...

Salam Saudara,
Saya hanyalah perayau diinternet mencari sesuatu untuk dibaca setelah akal dan minda diseliputi oleh perkembangan berita arus perdana.Saya terhenti bila singgah ke blog saudara yanag mana saya amat meminati blog yang memaparkan gambar-gambar sesuatu peristwa yang kita sendiri hanya dapat mengetahuinya di dada2 akhbar.Saudara sungguh manis gadis yanag menjadi penghias dalam majalah pada tahun 1980 siapakah belau? saudara kirimkan lagi gambar-gambar yang pernah saudara terlibat didialam peristiwa tersebut...saya akan menjadi "big fan" of you...

rizal hashim said...

Salam, Tn Hj

Apa kabo?

rambut makin nipis nampaknya..


Gurau aje