Sunday, June 28, 2009

Kuala Tahan Ke Mat Daling .















Satu rombongan meninjau telah pun membuat tinjauan dari Kuala Tahan ke Kampung Mat Daling melalui jalan balak yang sedia ada sejauh 60km .
Rombongan yang terdiri dari lapan kontraktor ukur akan membuat kerja-kerja mengukur untuk memudahkan pembinaan sebatang jalan .Jalan sepanjang lebih kurang 60 km merentasi hutan ,menyambung perhubungan dari Kuala Tahan ke kampung Mat daling .
Pertama kali bagi saya, mungkin sudah berulang kali buat ahli 4x4 Batu caves meredah jalan balak yang berbatu dan bedebu di kebanyakkan tempat.
Musim kering menyebabkan debu begitu tebal dan ada ketika kita terpaksa berhenti untuk membiarkan debu tebal dibawa angin juga mengelak dari berlaku kemalangan .
Dalam hutan yang tebal dan jalan balak sempit ini ,hanya lori balak mengangkut keluar balak untuk ke kilang yang terpaksa kita berhati-hati.Berat muatan yang ditanggungnya dan jalan sempit ,berdebu dan gaung yang dalam memerlukan kecekapan dan kesabaran pemandu untuk mengendalikan kenderaan yang dipandunya .
Beberapa jambatan juga telah disediakan merentasi beberapa batang anak sungai yang jernih sepanjang perjalanan dari Kuala Tahan ke Kampung Mat Daling ini .
Ada beberapa kampung yang telah kami lalui antaranya Kampung Pagi . Terletak dipertengahan perjalanan ke kampung Mat Daling .
Sebuah sekolah kebangsaan ,satu kelinik desa dan sederetan kedai terletak berhampiran sebatang sungai yang cantik dan luas melalui kampung Pagi ini .Kami berhenti minum dan merehatkan badan seketika disini .
Walaupun jauh di pendalaman namun kemudahan asas penduduk dapat dinikmati olih penghuni Kampung Pagi ini .
Tentunya penduduk disini menikmati udara segar dipendalaman ini.
Dari Kampung Pagi kami bertolak ke Kampung Mat Daling yang tak jauh dari Kampung Bantal .
Setelah mendaki beberapa buah bukit dan melalui jalan yang sempit dikawasan perkampungan kami menghampiri kampung Bantal . Pemandangan sungai yang luas dan cantik terasa hilang penat .
Cerita mengenai ikan kelah yang banyak terdapat disini hanay menjadi cerita yang tak dapat dirasai sendiri kerana kesuntukkkan masa .
Mungkin ada lagi waktu untuk kami kesini lagi untuk menikmati kelazatan Kelah di Kampung Bantal dan juga mungkin dapat dinikmati keenakkan durian Kampung Mat Daling yang kami dapat lihat sahaja dari jauh ketika melalui jalan ke Mat Daling ini .

No comments: