Friday, February 13, 2009

Halang-Halangan ke Gaza.




Pagi 24 .Jan 09 ,Tok Mat beritau duta Malaysia akan datang ke Al arish menemui Gavenor Al-Arish di pejabat Gavenor.
Kami bergegas pada pagi itu untuk menemui Duta dan rombongannya . Di pejabat Gavenor satu taklimat kepada duta diberikan ,kami turut serta. Kami telah menyampaiakan hasrat untuk ke Gaza kepada pegawai -pegawai kepada Gavenor yang hanya meluangkan masa hanya selama lebih kurang lima minit . Duta juga mendengar tentang percubaan pertama kami untuk memasuki Gaza gagal dan di suruh angkat kaki keluar dari Rafah .
Di pejabat Gabenur kami datang dengan teksi dan setelah selesai taklimat duta akan bertolak ke Rafah bersama rombongan. Kami bertanya duta kalau ada tempat kosong dapatlah kami menumpang untuk ke Rafah . Malangnya tak ada kosong maka kami menunggu ditepi jalan untuk mendapatkan van ke Rafah . 30 minit menunggu ditepi jalan berhampiran dengan pejabat Gabenur ,kami menaikki bas mini agak uzur ke Rafah .
Sampai Rafah , seperti biasa kesibukkan dan ramai orang menunggu diluar pintu sempadan, masing-masing menceritakan pengalamannya sudah berapa kali dan kali yang ke berapa mereka berada disitu untuk ke Gaza.
Barangan yang bertimbun didalam lori dan keluar masuk Ambulan dari Mesir yang menyesakkan pintu sempadan timbunan beg individu yang memenuhi ruang depan pintu sempadan menjadikan suasana seperti tunjuk perasaan jalanan.
Kami turut menunggu sambil mencuba nasib seperti yang lain didepan gate sempadan Rafah .
Duta Malaysia masih ada didalam komplek immigration .Rombongan mereka sampai dulu . Ada diantara sahabat yang telah lama sampai menceritakan duta bolih menolong kami untuk ke Gaza . Tok Mat buat keputusan untuk menemui duta sekali lagi kali ini didepan pintu sempadan Rafah .
Lama menunggu , muncullah Duta dan rombongan . Tok Mat terus menahan dan kelihatan mereka bercakap panjang , lama juga .
Tak Lama selepas pertemuan dengan duta Tok Mat buat keputusan untuk balik ke Kaherah bersama tiga anggota untuk menguruskan kemasukkan ke Gaza.Empat anggota rombongan lagi akan bermalam di Al-Arish . Menunggu di Al Arish sehingga rombongan yang ke kaherah pulang dan akan terus ke Rafah . Bersambung ...

Monday, February 9, 2009

Road to Gaza.



Saya berpeluang mengikuti rombongan Datuk Ahmad Talib yang mengetuai rombongan ke Gaza dalam missi menyampaikan bantuan kepada penduduk Gaza yang sedang berperang dengan tentera Zionis , Israel .
Kami sampai ke Kaherah waktu petang lebih kurang jam 4.30 patang waktu Mesir 21.Jan 09,setelah transit di Turki.Rombongan disambut olih pegawai dari kedutaan Malaysia di Mesir ,untuk memudahkan barang bantuan yang di bawa dari Malaysia di bawa masuk .
Malam itu kami bermalam diasrama Dewan Malaysia Abassiyah .Kumpulan pelajar tiga serangkai menguruskan dan mengatur acara kami ketika berada di Mesir.
Pagi 22.Jan 09 menemui Bulan sabit Merah Mesir .Dari sini kami terus bertolak menuju ke Rafah.Jam Lapan malam melepasi Al Irish ,namun kenderaan yang dinaiki mengalami kerosakan enjin lalu berpatah balik dan menginap di Al -Irish .
23. Jan 09 jam 5.30 Bertolak ke Rafah dari hotel,Perjalanan 45 min dari Al Irish kerafah dalam kesejukkan pagi .Kami adalah yang terawal sampai di Rafah gate .kelihatan beberapa kenderaan yang sarat dengan muatan barangan beratur menunggu giliran untuk memasuki Gaza .Kedai shai yang berhampiran masih lagi tutup.Kami berjalan sekitar kawasan Rafah gate dalam kesejukan pagi , sambil menunggu kabar bilakah pintu semapadan akan di buka .
Kedengaran azan dari sebuah surau berhampiran , tanda solat jumaat akan bermula. Saya menemui Azlan dan Khairil ketika mau mengambil wuduk . Selepas solat Jumaat lebih kurang setengah jam pintu semapadan Rafah dibuka , ramai yang berkumpul didepan Rafah gate.
Saya dan rombongan berjaya melepasi gate Rafah hingga ke dalam berjalan terhuyung -hayang membawa barangan yang agak berat sampai kedalam ,mengisi dokumen dan diberikan setem seorang satu untuk ditampal pada dokumen .
Kami menghadapi berbagai kerenah setelah pasport di pegang .Terpaksa membuat surat permohonan masuk ke Gaza dengan alasan dan sebab yang lain . Permohonan pertama di tolak atas alasan semua doktor tak dibenar memasukki Gaza.Pinda permohonan, pasport diberikan balik , Saya dan Dr.Baba terpaksa angkat kaki keluar sempadan,berjalanlah saya dan Dr. baba,sekali lagi menuju ke Rafah gate .Hati berat kaki longlai , namun apa bolih buat . Negeri firaun , terpaksa terima hakikat, undang-undang dia yang buat .Kasar dan tak ada sopan layanan yang diberikan . Depan mata saya seorang doktor dibalingkan pasportnya.Seorang pegawai berang pada sekumpulan doktor dari Turki yang tidak mengendahkan arahan setelah mereka berada didalam bangunan imigration .Kumpulan doktor tak dibenarkan masuk , hari itu. Jadi timbul pertanyaan dalam kepala saya siapa yang berkuasa , kita mau keluar dari mesir mau ke negara lain, ke Gaza . Kita tau negeri itu sedang berperang ,Dari jauh kita datang hendak kesana ?
Saya dan Dr. Baba melangkah menuju kepengkalan Teksi.Sebelum habis berurusan dengan pemandu Teksi saya terima sms dari Datuk Mat , Memberitau mereka juga tidak dibenarkan masuk . Bersambung....

Friday, January 16, 2009

Sumbangsih Keperihatinan GAZA.


Sumbangan dari kerajaan kepada Yayasan Salam melalui Kementerian Luar Negeri hari ini adalah sebagai tanda keperihatinan kerajaan kepada badan NGO yang akan menyumbangkan tenaganya menyampaikan bantuan kepada mangsa perang yang sedang menderita di Gaza.
Sejak 27 Dec 08 hingga hari ini sudah 21 hari penduduk Gaza membilang korban yang terbanyak iaitu 1135 orang dan kebanyakkan yang menjadi korban adalah kanak-kanak dan orang tua yang tak berupaya .Bedilan demi bedilan dihala olih tentera zionis kearah Gaza .Dikepung sekeliling bandar-bandar yang mempunyai kepadatan penduduk.Hospital,sekolah,masjid semuanya menjadi sasaran , sudah tidak ada pantang lagi dalam peperangan menghapuskan HAMAS. Kerajaan yang telah dipilih secara sah olih pendududuk Gaza, tapi dianggap pengganas olih Israel dan sekutunya Amerika .
Penduduk Gaza umpama tinggal dipenjara besar ,diburu dan dibunuh .Sejak 21 hari peperangan Israel hanya merekodkan 13 kematian .
Dalam masa yang sama PBB dan negara arab sekeliling hanya membuat berbagai-bagai resolusi untuk menggencat senjata antara keduanya namun ,semuanya tinggal resolusi.Peperangan tak ada henti .
Sedih,malu,marah.berbagai lagi perasaan yang mencabar kesabaran .Ludah, maki hamun,jelek pada angkuhnya sibiadap.Semuanya hanya tertimbun disempadan tidak kesampaian seperti longgokan makanan ubatan pakaian dan laian-lain keperluan bersepah menunggu tarikh luput akan jadi sampah membenteng Rafah .Malang bertambah malang melihat keruntuhan dan pembunuhan ,hati menangis kesedihan ,Tanah Gaza saksi penyembelihan .Jemaah Gaza Ranap didalam .Jemaah diluar DIAM.

Monday, December 29, 2008

Prek Sandai dan Pengorbanan.














Kesempatan berhariraya korban di Prek Sandai buat kali kedua berada bersama dengan penduduknya begitu terasa, kemesraan yang ikhlas dari saudara seagama yang ,walaupun berada dalam serba kekurangan namun mereka tetap mesra dan ramah menyambut tamu .
Melihat keriangan anak kecil dan remaja yang sentiasa riang dengan pakaian serba baru berlari kesana kemari seolah mereka sudah tida apa yang dirisaukan tentang kehidupan yang dilalui.
Mungkin ibu-bapa mereka sahaja yang sentiasa mempersoalkan tentang pelajaran anak-anak dan perlakuan mereka untuk meneruskan kehidupan dengan lebih dari kehidupan yang mereka alami sekarang ini. Hidup sebagai petani dan nelayan sungai Mekong yang tidak pernah menjanjikan keselesaan dan kesenangan buat mereka selama ini. Apakah anak-anak mereka akan meneruskan tradisi lapuk ,warisan generasi ini.
Setiap mereka di Prek Sandai dan di tempat lain di Kemboja ,Islam adalah agama yang dianuti berkurun lamanya .Pegangan mereka tetap kukuh seperti dulu, walaupun sentiasa dicabar dan bayangi olih berbagai peristiwa hitam yang mereka lalui .
Sejarah telah tertulis bahawa Prek Sandai dan kampung sekitarnya telah kehilangan ahli keluarga yang bergelar ulamak ustaz dan cerdik pandai dikalangan mereka . Lebih empat ratus orang dari mereka telah dibunuh secara kejam semasa Pol Pot memegang pemerintahan selama lebih dari tiga tahun.Mereka hidup dibawah ancaman , sembahyang tidak dibenarkan , mereka dipaksa makan bubur nasi yang bercampur daging babi sekurangnya seminggu sekali pada zaman itu.
Sekarang ini mereka berusaha sedaya upaya untuk memulihkan kekuatan yang telah lama meninggalkan mereka , mereka berhijrah keluar untuk mencari Ilmu dan rezeki dan balik ke tempat asal mereka mendirikan sekolah ,surau dan masjid ,menyebarkan Ilmu Islam secara kecil-kecilan .
Ada usaha mereka ini dibiayai olih penduduk tempatan ,namun berapalah sangat bantuan yang diterima . Ada dikalangan ustaz yang membuka sekolah ini terpaksa bekerja tanpa memikirkan soal gaji .Selepas mengajar mereka akan kesawah atau membuat kerja lain untuk menyara anak isteri .
Mungkin ada lagi cerita yang tak pernah diceritakan tapi tersimpan dalam catitan penduduknya yang sentiasa memberi senyuman ini.

Wednesday, December 17, 2008

Berkorban Di Prek sandai Kemboja.
















Rombongan dari SALAM dan MAYC Kedah berkampung di Prek Sandai sejak sebelum Aidil Adha .
Sukarelawan SALAM adalah terdiri dari anak muda yang bersemangat untuk berbakti dan mengenali Prek Sandai dan penduduknya dengan lebih dekat dan mereka telah menyediakan berbagai program untuk beramah mesra dengan penduduk tua atau muda .Walaupun dibatasi bahasa yang berbeza namun kemesraan yang ditunjukkan merapatkan jurang dan perbezaan yang ujud.
Pagi yang cerah di Prek Sandai semuanya bangun awal ,pertamanya disebabkan untuk tidak beratur menunggu giliran untuk ke bilik air,keduanya kerana mau cepat ke masjid yang tidak berapa jauh dari tempat menginap .
Laungan takbir penduduk dimasjid tua berdekatan sungai Mekong itu bergema memuliakan Hari Raya korban diperantauan untuk sukarelewan yang terpisah jauh dari merayakan bersama keluarga dikampung.Mungkin ada yang menahan kesayuan dihati .
Kebanyakkan penduduk disini hanya merayakan Aidiladha secara sederhana , tak banyak juadah yang sedia menanti tamu atau keluarga sendiri, tiada ketupat atau rendang seperti di tempat kita hanya kueh dan teh cina sahaja.
Upacara mengorbankan lembu dilakukan disurau Hj Seman yang terletak dihujung kampung.Hj Jammaludin sukarelawan SALAM melakukan sembelihan sehinngga selesai.Hj Fadilah membacakan nama-nama yang tersenarai sebagai penyumbang sebelum sembelihan dilakukan.Semuga segala sumabangan yang diterima diberkati dan diterima Allah.
Petangnya satu lagi surau Al-Muttaqin diresmikan dan satu generator telah dihadiahkan sebagai menerangi kesamaran yang selama ini hanya dibekalkan olih kuasa battery.
Hari berikutnya 9.Dec 08 kami ke satu lagi perkampungan yang agak jauh dari Prek Sandai . Jalan yang berlubang dan berkenderaan dengan 2 buah lori sebagai pengangkutan .Semua sukarelewan selamat sampai kedestinasi walaupun keadaan jalan yang berlubang disana sini.
Sembelihan dibuat dipersinggahan pertama dimasjid Tropiengbeng ,selepas lembu dikorbankan ,satu upacara pecah tanah dilakukan olih YB Radzi Salleh iaitu sebagai tanda memulakan projek perigi tiub untuk kemudahan air penduduk yang berdekatan .
Satu lagi surau adalah upacara terakhir pada hari itu , ramai penduduk sudah menunggu disurau kampung baru ini.
Hj Jamaludin melakukan sembelihan disini, Hj. Md.Nor yang telah yang telah berumur lapan puluh tahun ditugaskan sebagai ketua tukang masak kepada tukang-tukang masak yang dibawa khas dari Kedah untuk menyeliakan segala resepi masakan yang dimasak disini . Beliau walaupun berumur tapi masih gagah dalam bidang masakkan . Masak nasi berdaging dalam kawah seperti dibuat olih orang kampung ketika mengadakan kenduri kawin.
Kemeriahan suasana melakukan ibadah korban yang diamanahkan dan kesungguhan yang ditunjukkan olih para sukarelawan melebarkan sempadan Ukhwah sesama saudara Islam tak kira dimana berada tidak kira apa bahasa yang dituturkan tiada sempadan untuk beramah mesra .Ikatan persaudaran Islam akan kukuh sekiranya kita terus berusaha membantu meringankan beban yang ditanggung olih saudara Islam kita walau dimana mereka berada. Berat Sama dipikul Ringan Sama Dijinjing.Semuga Allah menerima segala pengurbanan kita .

Saturday, December 6, 2008

Yayasan Salam in Kampuchea.






Setelah merentasi perjalanan selama lebih kurang lima jam ,sampailah sukarelawan Salam ke tempat yang dituju iaitu perkampungan Prek Sandai.Prek bermakna sungai dan Sandai adalah nama yang diberikan kepada sejenis ikan yang terdapat di sungai mekong .
Kedinginan malamnya dan kekurangan air menyebabkan kebanyakkan kami hanya memberseh badan secara ala-kadar.Solat subuh dalam kesamaran cahaya lampu kalimatang bersumberkan battery begitu suram dan hening dengan beberapa jemaah yang ramah walaupun dalam serba kekurangan .Banyak surau terdapat di perkampungan ini ,jarak antara satu surau dengan surau yang lain hanya berselang dua tiga buah rumah sahaja.Tidaklah saya mengerti sebabnya .
Sebatang jalan tanah merah menjadi jalan utama menghubungkan kampung ini dengan pekan dan bandar berdekatan . Setiap kali kenderaan melalui diatasnya berterbanganlah debu merah meninggalkan kesan pada rumah dan penduduk yang berdekatan jalan utama ini.
Kebanyakan penduduk adalah menjadi petani atau nelayan .Padi adalah menjadi sumber pendapatan.Sungai Mekong juga menjadi sumber air minum dan penyumbang kepada keperluan seharian .
Pasar paginya akan diadakan diatas jalan kecil atau lorong berhampiran tebing sungai yang luas ini .Begitu juga penduduk yang menghuni dirumah-rumah yang bertiang tinggi atas tebingannya .Penduduk dipersekitaran Sungai Mekong inilah yang menghidup dan memeriahkan suasana pasar pagi yang menjual barangan keperluan harian penduduk setempat .
Ada juga dikalangan penduduk disini yang telah berhijrah keluar dari Prek Sandai untuk mencari rezeki dan mencari ilmu ,terutamanya ilmu ugama .
Sejarah hitam yang tercatit dan menjadi ingatan sepanjang hayat kepada mereka yang mengalaminya,kerana ada diantara mereka masih lagi bolih menceritakan peristiwa hitam semasa dibawah pemerintahan rejim Pol Pot.Memerintah dengan kejam ,membunuh rakyatnya sendiri .Mereka orang-orang Islam dilarang bersembahyang dan dipaksa memakan daging babi yang campur bersama bubur nasi sekurangnya sekali dalam seminggu , begitulah seperti yang telah diceritakan kepada saya olih Pak imam Ali semasa saya membonceng mootornya ke Masjid yang telah dibantu pembinaannya olih Yayasan Salam .Masih banyak lagi yang perlu dibantu untuk meningkatkan taraf hidup pendududk di Prek Sandai ini .
Sekiranya ada dikalangan kita yang ingin membantu hubungilah Yayasan Salam -03 79584021.Semuga dengan sedikit bantuan yang dihulurkan akan menyumbang kepada kesejahteraan ummah dan mengiratkan hubungan persaudaraan.

Monday, November 17, 2008

Kematian,kemalangan .




Pagi Jumaat yang lalu tanggal 14.Nov.08.Satu panggilan dari saudara yang memberitakan bahawa emaknya telah pulang ke Rahmatullah di Felda Pasir Besar N.Sembilan .Kami sekeluarga bergegas kesana untuk menziarah .
Hajah Kamariah emak kepada saudara Zainuddin meninggal setelah mengalami sedikit demam sebelumnya .
Zainuddin begitu terkejut kerana pada malam sebelum ibunya meninggal dia telah berbual melalui telipon dengan ibunya seperti biasa tidak ada sebarang petunjuk bahawa ibunya akan pergi buat selamanya pada waktu subuh, selepas mengambil wuduk dan dalam keadaan sudah bertelekung hanya menunggu masuk waktu subuh dan bersedia untuk ke surau yang berdekatan rumahnya .Begitulah kehendak Allah keatas hambanya . Maut akan datang tidak ada sebarang tangguhan keatas makhluknya.
Semuga rohnya ibu Zainuddin ditempatkan ditempat yang mulia disisinya .Amin.
Dalam perjalanan menuju ke Pasir Besar itu ketika berada di daerah Gemenceh,perjalanan kami sekali lagi dikejutkan dengan satu kemalangan jalan raya di Kg Tenai.
Kemalangan yang membabitkan tiga buah keenderaan menyebabkan minyak sawit muatan dari sebuah lori membanjiri dan melicinkan jalanraya yang luasnya hanya untuk dua buah kenderaan sahaja diatasnaya.
Pemandu kancil dalam keadaan parah sedang dibantu olih penduduk tempatan ketika saya meneruskan perjalanan ke Pasir Besar.