Friday, April 18, 2008

Temerloh Bandar Patin.






Ikan Sangkar yang menjadi kegemaran ramai walau pun rasanya tak setanding ikan liar yang ditangkap dari sungai ,mudah didapati, harga berpatutan dan bila-bila pun terasa nak makan bolih dibeli dimana ada pasar pagi atau pasar malam .
Ikan patin , ikan yang menjadi jolokan bandar temerloh ,melahirkan banyak usahawan tempatan yang sudah bolih berdikari melalui pengalaman dan usaha gigih mereka.
Banyak pengusaha ikan sangkar terdapat di Temerloh ,mereka menternak ikan patin sebagai sumber pendapatan selain dari membuat kerja-kerja lain untuk menambah rezeki .
Mengunjungi pasar pagi Temerloh yang terletak berdekatan dengan sungai Pahang adalah melekakan melihat banyak barangan hasil dari kampung dijual dengan harga berpatutan , yang paling menarik perhatian adalah penjual ikan patin yang bersaing antara mereka untuk menarik perhatian pelanggan . Ikan patin yang dipelihara disekitar sungai pahang harganya anatara Rm 9.00 hingga Rm 12.00 mengikut saiz.
Ikan patin yang ditangkap dari sungai Pahang atau dari tempat lain secara pancing atau pukat , harganya berlainan .Lebih sekali ganda harganya jika dibandingkan dengan ikan Patin yang diternak . Sudah Pasti rasanya juga berbeza.
Penternakan ikan patin dan ikan dari jenis lain banyak terdapat sepanjang sungai Pahang terutamanya dikawasan Temerloh , ikan sungai samaada yang dipelihara atau
liar mempunyai penggemar dari berbagai kaum .
Kalaulah usaha ini diperbesarkan dan diberi galakan dan peromosi yang sebaiknya mungkin penternak akan bertambah dan ikan ternak dari sungai akan mempunyai permintaan yang bertambah , bukan shaja ikan patin , talapia. keli dan yang lain-lain malah ikan sawah seperti keli ,puyu,haruan ,belut sudah hampir kepupusan , disebabkan penggunaan bahan kimia yang tak ada kawalan .
Mungkin satu hari nanti kita akan menghadapi kepupusan ketara ikan dari sawah seperti haruan ,belut ,ikan lampam ,puyu dan lain lagi sekiranya usaha pemeliharaan benih dan kawalan racun serangga tidak dikawal secara bersungguh . Rugilah kita jika pengawalan racun yang membahayakan ini, tidak dimulakan sekarang , Mungkin juga generasi akan datang tak dapat merasa keli dari sawah ,lampam dan anak seluang dari sungai sekitar kediaman dalam perkampungan .

Saturday, April 5, 2008

Liza Legek



Liza dilahirkan pada tahun 1991, semasa kecilnya tiada apa yang kelainan dia seperti anak-anak yang lain .Setelah mengalami demam panas yang berlarutan selama beberapa hari dan faktur kemiskinan ibu bapa dan juga jauh tinggal didalam perkampungan Orang Asli di kampung Jelgek , menyebabkan dia juga jauh dari segala kemudahan , akhirnya Liza terpaksa melalui hidup yang tak mampu dikiliknya sepanjang hayat. Kecacatan akibat dari demam panans adalah puncanya .
Menurut bapanya En.Legek , walaupun cacat dia tidak pernah berputus asa untuk mencari bantuan untuk meringankan beban yang di tanggung anaknya .
Berbagai tempat yang telah dukunjungi , namun menghampakan , katanya dia telah berkunjung ke MAIK .Sampai sekarang menunggu dah berapa lama . Tak ada siapa yang datang menolong, bukan itu saja Jabatan kebajikan juga pernah dikunjungi ,namun macam juga MAIK , Liza anaknya masih juga merangkak kesana kemari dalam perkampungan yang kecil itu.
Beliau tetap berharap ada insan atau badan kebajikan yang dapat meringankan dan memudahkan perjalanan anaknya Liza yang sudah berusia 17 tahun sekurang-kurangnya
dapat meringankan anaknya dari beban yang ditanggungnya selama ini.

Monday, March 24, 2008

Pendakwah Asli.



Usaha berdakwah di pendalaman sangatlah sikit bilangan pendokongnya atau pendakwah yang sanggup bersusah payah untuk menyelami hati orang yang tinggal dikawasaan belantara .Memahami dan memberi seruan Islam kepada mereka sungguh sedikit bilangan nya.
Sudah ada cerita didalam belantara ada gereja ,dan ada dikalangan mereka yang mendiami belantara ini sudah memakai nama yang lebih western .Dengar juga kita ada bantahan dari kumpulan tertentu. Tapi tanyalah kepada mereka yang membantah itu adakah mereka pernah mendekati penduduk hutan yang kadang dekat dan kadang jauh dari mereka dan kadang hanya jiran sebelah . Keperihatinan,semangat kita mau mengenali jiran atau semangat untuk menyampaikan dakwah kepada saudara yang tinggal dihutan adalah terlalu miskin ,walaupun ada dikalangan kita punya banyak harta dan memang professional dalam mengumpul harta tapi apakah sumbangan kita dan keperihatinan kita tidak setaraf dengan harta yang terkumpul demi membawa mereka saudara kita yang langsung jauh kabar tentang Islam yang kita anuti .
Kata Islam bawa bahagia, tapi kawan tak pernah rasha,dengar ade, rupa tak ade tak ade orang bertandang kemari, Dulu ade , hilang lame, lepas tu muncul, kawan dulu Islam semasa die ade, lepas tu kawan pun lupe macam dulu juge le... udah lame. Itulah ungkapan yang selalu kita dapati dari cetusan rasa penghuni belantara yang jarang kita lewati.
Datuk Dr.Razak , menggunakan masa bersaranya dari jabatan kerajaan untuk menyampaikan Islam kekawasan pendalaman ini,Kg. Tuel, dalam daerah Gua musang, semua mengenali Datuk Razak ,kadang dia datang bersama rombongan dari luar untuk mempelajari budaya kaum Temiar yang telah sejak sebelum merdeka tinggal dikawasan kg .Tuel ini.
Penduduk dari suku Temiar ini juga sudah mendapat beberapa kemudahan yang diberikan dari berbagai pihak terutamanya pihak kerajaan yang telah mendirikan rumah dan sekolah ,tadika dan satu lapangan pendaratan helikopter untuk kes kecemasan sekiranya berlaku .
Datuk Razak juga telah menambahkan beberapa kemudahan antaranya satu projek mini-hidro yang telah beroperasi , dan sedang membangunkan kilang untuk industri kerepek dari hasil pertanian yang mungkin akan mula beroperasi tidak lama lagi .
Kg. Tuel yang di kelilingi bukit bukau sungguh dingin pada waktu malamnya. Di kelilingi dua anak sungai yang jernih airnya sungguh segar dan bersih, kalau sekiranya pembalakan yang berhampiran dipantau dengan teliti.
Sejam perjalanan dari jalan raya yang menghubung Cameron highland_ Gua Musang ,meredah jalan balak yang sedia ada.Kalau mau kesana jangan masuk waktu musim hujan , kerana jalan balak yang ada akan berlumpur dan sukar dilalui.Musim kering adalah masa yang sesuai untuk kedaerah ini. baik lagi kalau musim durian .

Udara yang bersih airnya jernih sungguh sesuai untuk bertandang dan bersunyi dengan alam keliling sambil memberi dan menyampaikan apa yang baik untuk mengenali penghuni yang ramah suku Temiar ini.

Friday, March 21, 2008

Membentuk buluh dari rebung dikalangan kaum Temiar .




Semangat nak menyekolahkan anak dan mau anak jadi orang yang berguna untuk bangsa dan negara telah sedar dikalangan penduduk orang asli. Ini saya lihat sendiri didepan mata, di mana seorang ibu berlari turun dari rumah untuk membekalkan anaknya yang hendak pulang ke asrama setelah menghabiskan masa hari minggu dirumah, bersama keluarga .
Walaupun kesempitan dalam berbagai-bagai segi namun ibu tak akan menghampakan anaknya sebelum melangkah kaki keasrama yang agak jauh dari perkampungan . Semangat ibu dan keinginan untuk berubah dalam menyemarakkan ilmu pengetahuan pada anak-anak akan lebih bermakna kepada seorang anak. Dalam segala kedaiffan nun jauh dalam hutan , tak pernah pudar semangat untuk belajar menambah ilmu dan merubah keadaan masa depan adalah penting untuk anak-anak orang asli kaum Temiar ini .
Berbagai cerita yang kita dengar dari luar tentang anak-anak orang asli yang daif ini dalam alam persekolahan .Ada sekolah yang lengkap- tapi kehadiran muridnya sangatlah rendah.
Usaha untuk membantu sama ada dari kerajaan atau badan-badan NGO tak berkurangan , tapi yang berkurangan adalah murid yang mengikuti kelas.Alat pengajaran lengkap tapi yang tak lengkap adalah semangat dan kekuatan murid . Mungkin disebabkan sikap yang lambat berubah dikalangan orang asli sendiri . Memanglah susah jika kita menjadi guru atau pendidik yang menangani dan menyampaikan ilmu kepada mereka yang jauh di pendalaman ini. Bukan mudah.Nak mengubah sikap yang dah sebati berkurun lama ini tapi takkan mustahil untuk mengubahnya , kerana sudah ada dikalangan orang asli yang telah menjadi peguam dan berbagai bidang professional lagi hasil dari didikan yang disampaikan olih guru-guru yang penuh didikasi.
Berakit kehulu, berenang ketepian. Bersakit dahulu bersenang kemudian .

Sunday, March 16, 2008

Gunung Botak dan sungai kuning kemerahaan .



Perjalanan ke Gua Musang melalui Simpang Pulai dsn Cameron Highland sungguh asyik kerana tak sunyi dari pemandangan yang menarik . Penat kerana kenderaan sentiasa berhati-hati melalui bengkang bengkok jalan yang di kelilingi bukit dan gunung-ganang di kiri dan kanan jalan .Kenderaan tak banyak menggunakan jalan ini . Kadang -kadang kita sahaja yang menggunakan jalan yang masih lagi berkeadaan baik walaupun sudah lama dibina., Sejak tahun 80an .
Cameron Highland adalah tempat singgahan pertama untuk berehat dan membuat sedikit senaman setelah jauh dan kepenatan dalam kenderaan . Sambil melihat kebun sayur yang terbentang luas dan singgah di gerai-gerai tepi jalan untuk membeli sayur segar dan melihat atau meninjau tanah tinggi yang telah bertukar rupa kerana kegiatan penanaman sayur yang begitu aktif sejak sekian lama .
Menuruni Cameron Highland bersemapadn dengan Kelantan kita akan terpaku dengan lagi satu kegiatan penanaman sayur yang lebih giat dimana kelihatan ladang nya yang luas dibuka tanpa meninggalkan sebatang pokok kayu pun untuk mengukuhkan tanahnya .Sudah banyak bantahan namun kegiatahn ini masih diteruskan, mungkin bantahan hanya sekadar bantah tapi ada orang yang beruntung daripada kegiatan ini jika diteruskan .
Sakit mata memandang pada kita yang hanya sesekali melalui jalan dan kawasan ini tapi pada yang mendiami kawasan ini . Mungkin lebih malang lagi.
Singgahlah untuk bertanya kabar di satu kampung yang terletak berhampiran dengan lebuhraya ini. Kampung Seng Sang didiami beberapa keluarga asli , merekalah yang menerima akibat dari kegiatan pembotakan tanah dikawasan berhampiran , mereka yang mendiami kawasan tak pernah melihat air jernih sejak tahun 87 kata seorang penduduk tempatan yang juga Tok Batin En. Mat anak Uda.
Sungai Belatop yang dulunya jernih digunakan penduduk untuk mandi manda dan untuk air minuman namun sekarang semuanya terpaksa ditinggalkan kerana kalau membasuh baju pun bermakna baju putih akan bertukar warna . Anak-anak pun tidak menggunakan sungai lagi untuk beriadah , kebanyakkan mereka menggunakan sumber air dari tempat lain untuk kegunaan seharian.
Mereka juga tak tahu bilakah air sugai Belatop ini akan bertukar menjadi jernih dan menjadikannya tempat anak-anak mereka mandi manda dan mencari sumber makanan dan pendapatan .

Wednesday, March 12, 2008

Sungai Tuel bersih dan terjunan canggih .


Sungai yang mengalir diperkampungan Asli kaum Temiar sangat jernih dan bersih airnya . Sungai ini jugalah yang menjadi tempat permainan anak-anak mereka yang menunjukkan kehandalan membuat penerjunan kedada sungainya yang mengalir deras. Memang handal ,anak lelaki perempuan sama saja , anak -anak yang berumur lengkungan lima dan enam tahun ini menggayakan terjunannya . Sungai kampung Tuel ini bersih airnya dan sejuknya aduh .. kalau pagi sukarlah kita yang tak tahan kesejukkan, tunggu lah waktu tengahari mungkin kesejukkannya dah kurang . Air bersih udara nyaman dan persekitaran yang sunyi dari kesibukan membuat kita leka dan sukar pula untuk mengucapkan selamat tinggal ,melihat kenakalan anak-anaknya yang ramah .

Monday, March 10, 2008

Mini hidro cerahkan malam kampung Tuel.



Kg Tuel , jauh ke dalam hutan dalam daerah Gua Musang lebih kurang 1 jam setengah melalui jalan balak yang telah lama beroperasi didaerah ini.Mereka berulang alik ke kawasan ini untuk mengeluarkan balak yang telah di potong.
Beberapa perkampungan orang asli telah lama ujud sejak sebelum merdeka , mendiami hutan yang damai ini , dikelilingi bukit dan beberapa anak sungai yang mengalir di lembahnya . Bersih dan sejuk airnya .
Datuk Dr. Razak telah lama mengenali kawasan ini dan hampir setiap orang yang ditemui mengenali Datuk Razak .Beliau yang bergiat dalam menyampaikan syiar islam kedaerah pendalaman ini dan beberapa pekerja yang sentiasa menolongnya dalam menyampaikan Islam telah memahami kerenah dan keunikkan pendududuk yang hidup dalam serba kekurangan ini .
Atas sokongan kawan dan tolan yang dikenali dan atas sumbangan keewangan yang dihulurkan maka lahirlah beberapa projek yang sedang dan telah disiapkan , antara yang telah siap ialah projek mini hidro yang menjanakan elektrik untuk kegunaan penduduk dan juga akan digunakan untuk menjalankan kilang untuk memproses kerepek yang faedahnya untuk orang asli tempatan sebagai satu sumber pendapatan .
Ada lagi beberapa projek yang telah diatur untuk menghasilkan pendapatan sampingan dan memberi pekerjaan kepada penduduk kampung Tuel ini .Semuanya telah dirangka dan perlaksanaannya mungkin tak berapa lama lagi .