Monday, July 23, 2007

Kedinginan yang mencengkam.


Bissian , dalam daerah Balakot dikelilingi gunung-ganang yang pada musim dingin memutih salji diatas puncaknya.Suhu bolih mencecah sehingga minus lima degree pada waktu paginya dan lopak-lopak kecil yang berisi air akan kebekuan . Kalau tidak ada pemanas dalam rumah atau dalam khemah mungkin keresahan dan kesejukkanlah sehingga matahari yang malap muncul di sebalik awan yang putih .
Pada yang family yang punya anak kecil tentulah selimut yang tebal akan melitupi badan . Pada yang tak punya selimut tebal akan eratlah pelukkan ibu . kalaulah tidak ada pemanas diwaktu ini mungkin kesejukkan bolih membawa bencana .
Balakot yang runtuh kebumi akibat gempa pada oktober 05 mengorbankan puluhan ribu jiwa.Pada february 06 saya sempat kesana menguruskan anak -anak yatim yang dibawah tanggungan GPM (Malaysia).Anak yatim yang sudah biasa dengan cuaca pergunungan dalam musim dingin tidur berhimpitan walau punya pemanas yang kadangkala terhenti akibat terputus bekalan letrik .Ada generator pun tak begitu tahan beroperasi dalam jangka masa yang lama ,kerana generator buatan Cina.
Musim dingin , Kayu adalah menjadi bahan bakar yang sangat di perlukan ,Harga mahal pada waktu ini , kayu pula sudah berkurangan dikawasan pergunungan , sudah nampak jarang kalau dipandang dari bawah kearah pergunugan yang diliputi salji.

Tinggal dalam Khemah pada musim dingin sangatlah sejuk ,ada yang terpasa menghadapi musim dingin ini didalam khemah yang berlantaikan tikar di atas tanah , aduh bayangkan ....Orang tua yang sakit dan anak kecil.

Kaki gunung dikawasan Bissian ini memutih jika dipandang dari atas ,khemah masih lagi menjadi tempat untuk berteduh . dan mereka juga masih menunggu bantuan -bantuan yang di janjikan .

Monday, July 16, 2007

Menjelang 50 Tahun Kemerdekaan.


Sudah 50 tahun kita berada dan menikmati arti kehidupan dalam negara merdeka. Banyak persoalan yang timbul pada diri yang menjadi warga negara kepada sebuah negara yang telah mencapai kemerdekaan sejak 50 tahun yang lalu. Pertama apakah diri ini turut menikmati kemerdekaan bersama negaranya atau diri ini masih lagi dalam penjajahan .
Berbagai pencapaian yang dicapai olih negara . Dari sebuah kampung yang mundur dan jauh dari singgahan dah bertukar kepada kepadatan pembangunan yang berbagai untuk memajukan rakyat dalam erti kata mengisi arti sebuah negara yang merdeka , mempunyai suara untuk membentuk dan membangunkan mengikut kehendak dan telunjuk mengikut kesepakatan sendiri tanpa rujuk atau di nasihati olih yang lagi atas .
Diri yang merdeka dalam sebuah negara merdeka adalah satu kombinasi yang cemerlang
bagi segelintir kumpulan atau banyak kumpulan yang tak perlu di bilang banyak sikit ramainya, ikhlas diri sahaja yang mengiakan atau merasakan sama ada nikmat kemerdekaan negara sahaja yang dicapainya atau dia dikalangan yang menikmati dua kemerdekaan dalam satu negara.Dalam waktu yang semuanya bersemangat menyambut kemerdekaan ini kenanglah bapa kita yang telah bersusah payah berkayuh kesana kemari , jual gadai apa yang dimiliki , berpakat , bersatu , bermesyuarah dalam apa saja tindakan yang bolih menguatkan bangsa yang kerdil ,tak punya senjata api untuk berperang hanya semangat dan muafakat yang memberkati perjuangan , landasan yang jujurlah ,dapat kita menggenggam kemerdekaan untuk sebuah negara tercinta yang bernama Malaysia.

Sunday, July 8, 2007

Tukang Melayu Hilang Pahat.


Kalau dulu kita ke Kelantan atau Terengganu, banyak perkara yang kita bolih lihat selain dari pemandangan tempat menarik dan pantai yang cantik .Sekarang kalau kesana mungkin bertambah cantik pemandangan dan binaan rumah yang berbagai gaya , tapi dah hilang citarasa. Seni bina dan keunikan ketukangan yang halus dari hasil seni tangan dalam mencipta bentuk atau rekaan keatas kayu yang di hias pada binaan rumah sudah di telan kemajuan binaan rumah yang berasaskan batu . Ciptaan yang berasaskan bentuk dari bunga raya ,pucuk rebung dan lain lagi dah tenggelam .
Mungkin tukangnya dah berhijrah atau dah berkurangan atau tak ada pendapatan kalau sekiranya meneruskan , atau tak diberikan galakan .
Sesuatu usaha perlu di ujudkan untuk mengembalikan kegemilangan ini . Kita sekarang banyak disogokan ukiran kayu jati yang bukanya dari penciptaan melayu tempatan , buka kita tak kenal kayu jati atau kita tak pandai ukir atas kayu jati tapi mungkin sokongan dan galakkan tak bersungguhan lalu hilanglah kemahiran tukang ukir yang telah ujud mencari pendapatan dibidang lain . Kita rasa perlu ada sokongan kuat untuk mengujudkan kembali kesenian dan kepandaian penciptaan yang pernah kita miliki.

Tuesday, July 3, 2007

Hilang cara tak hilang bicara.


Melihat kerbau menarik sisir untuk meratakan tanah sawah dan jerit pekik petani mengarahkan kerbau berjalan ,mungkin telah hilang ketika ini.Kerbau berjalan meredah lumpur sawah yang kadang tenggelam dan lambat mengatur langkahnya .Maklumlah tanah lembut airnya dah melimpah.Tenggiling satu lagi alat yang di buat dari kayu berat juga di tarik olih kerbau untuk meratakan tanah sebelum di tanam padi , semua ini telah hilang dari pandangan .
Petani memulakan tugasnya seawal pagi hingga tengahari supaya mereka dapat rehat ,Petang petani akan rehatkan kerbau dan diberi rumput yang di potong .Hubungan keduanya saling memahami tugas masing-masing ,bertolongan di antaranya. Suasana dan keriuhan begini sudah lama hilang yang ada sekarang adalah deruan mesin yang menggegar tanah dan asap berkepulan di udara dan udara dikampung yang sepatutnya segar dah bertukar. Bau asap.
Petani sekarang menanam padi dan merawatnya sehinggalah padi masak dan di potong olih mesin yang berat macam kereta kebal .Siap dipotong padinya akan terkumpul dalam ruang yang tersedia dan terus di bawa keatas lori yang sedia menunggu untuk di hantar kekilang. padi sudah tak disimpan lagi, di kepok atau jelapang yang duduknya berhampiran dengan rumah petani .
Petani sekarang membeli beras dah tak merasa hasil tanaman sendiri.Banyak kelainan
,tangan yang menanam dan menunggu padi hingga masak tapi mulut dah tak merasa lagi hasil dari tangan sendiri. Apakah ini perubahan , hasil dari teknologi?

Wednesday, June 27, 2007

The visual impact and the memory of...


Any where you go and see new things , do not let it go , if you have time write immediately on what you have seen, if not do sketches on whatever things that you could remember in future. i have recorded some into pictures, after a period of time you might not remember the name of a place but you by the recorded visual in your mind will help you ,sometimes, events and your experienced on a place you will remember very well. Simple small notes also will help us a lot on remembering a place or anythings that happened in your lifetime will not be easily forgotten .
By creating recorded events into another form of visual will be more satisfaction to you as well as to others who loves to see new creation of visual as a form of communication .

Sunday, June 24, 2007

American Marine named Ridzuan.


Saya dan temen yang lain berkumpul di lobby hotel Sharaton , baru sahaja sampai ke Baghdad.Menunggu urusan check in,Saya terjumpa sekumpulan marine america yang membuat kawalan di sekitar lobby , Dalam kumpulan tersebut ada seorang muda yang senyum shaja pada kami lalu kami didekatinya dan bertanyakan sesuatu agak jauh juga saya dan kawan-kawan yang masih keletihan perjalanan.Saya lihat dia mengatakan sesuatu pada salah seorang dari kami.
Urusan mendapat bilik hotel berjalan baik setelah membuat bayaran lebih kurang 1,700 USD .Semuanya wang ketika ini mau tidur pun kena bayar lebih dari biasa , maklumlah semua mau guna wang .
Tingkat 17, presidential suit . hanya layak untuk pembesar negara yang ke Baghdad sahaja . Apa bolih buat itulah hotel yang ada dan dijangka selamat.
Petang itu kami di datangi tetamu .Ridzuan disertai kawan-kawannya, seramai tiga orang semuanya. Ridzuan memberi salam ,terkejut juga saya ketika itu melihat wajah mat salleh memberi salam kerana saya tak kenal siapa lagi Ridzuan sebelum ini.Setelah memperkenalakn diri dan rombongan nya dia duduk dan berbual menggunakan bahasa melayu dan sedikit bahasa inggeris.
Ridzuan ialah cucu kepada Datuk Harris Salleh bekas ketua menteri Sabah sekitar 80an . Beliau berpindah ke California mengikut ibunya yang telah berpisah dengan ayahnya Abd.Razak.Sejak berumur 12 tahun dia telah berada disana belajar dan sekarang menyertai marine.
Peramah dan suka berbual . sambil berbual dia juga rindukan masakan Malaysia yang kami bawa . Serunding daging , sambal dalam bungkusan , habis , hingga menjilat jari .
Dalam kesempatan yang sedikit itu Ridzuan sempat juga bertanya kabar tentang Malaysia dan Sabah yang ditinggalkannya. ada juga sikit cerita mengenai peperangan yang dilaluinya, sambil mengeluarkan alat pencegahan chimecal-weapon beliau sempat memberi sedikit penerangan tentang penggunaannya sekiranya berlaku . Zaini dan Kamaruddin sempat juga menggayakan senjata yang digunakan olih Ridzuan dalam masa yang singkat itu.
Ridzuan meninggalkan kami setelah lebih satu jam berborak sambil melepaskan rindu pada masakan dan orang yang datang dari Malaysia.

Thursday, June 21, 2007

At-Taura,12 Apr 07.


RTM sekali lagi menayang kembali insiden 12 apr 07 semasa kami kumpulan JMTM dan Mercy di serang dengan tembakan bertubi-tubi ketika balik dari menyampaikan bantuan ubatan di hospital Al-Qudsiah.Memory yang mati dan hampir kepada mati segar kembali dalam ingatan . Sebagai jurugambar saya omar ,fernandez dan kawan yang lain takkan lupa peristiwa ini insyaallah sampai mati.Selama 24 tahun mengharungi kerjaya ini itulah yang akan tertulis dalam ingatan sepanjang hidup.Saya tak ada maklumat tentang driver yang memandu van kami,dia meninggalkan lima anak mati dalam serangan itu . Ghafran kalau tak salah , saya hanya sempat menyapu mukanya ketika darah masih lagi keluar dari hidung dan mulut , dia mati di pangkuan Dr Shukur , dan Khalid satu lagi pamandu jalan dari iraq cuba mengambil alih tapi kenderaan tak berjaya di gerakkan,tembakan bertambah menyebabkan kami terhenti di tengah kekalutan.
Terima Kasih la RTM kerana geleri perdananya sudi memuatkan cerita yang telah mati,tidak pada kami yang mengalami.Kenangan yang akan segar ,cuma fakta saja yang mungkin lupa sana dan sini.